Feri P Pinang kerugian RM14 juta setahun Posted on 25/11/2024 Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kos diesel tinggi tanpa subsidi dan insurans lebih RM2 juta setahun untuk setiap feri antara faktor menyumbang kepada kerugian perkhidmatan awam itu. GEORGE TOWN: Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket menyebabkan perkhidmatan feri mengalami kerugian tahunan sekitar RM14 juta. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari, berkata meskipun menghadapi kerugian, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan feri terbaik kepada pengguna. “Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35% daripada kos perbelanjaan operasi feri,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini. Beliau berkata, antara faktor menyumbang kepada kerugian itu adalah kos diesel tinggi, yang dibayar mengikut harga pasaran dan tiada subsidi diesel bagi perkhidmatan feri, yang merupakan satu daripada perkhidmatan awam utama di Pulau Pinang. Beliau menjawab soalan Teh Lai Heng (PH-Komtar) berhubung keadaan kewangan perkhidmatan feri di Pulau Pinang. Zairil turut menjelaskan kos pemeriksaan tahunan dan penyelenggaraan feri untuk memastikan keselamatannya, serta bayaran kos insurans melebihi RM2 juta setahun untuk setiap feri, juga menyumbang kepada kerugian operasi. Zairil berkata, 1.76 juta penumpang dan 615,879 kenderaan dua roda menggunakan perkhidmatan feri sepanjang 10 bulan tahun ini. News
Climate-threatened nations storm out of talks at COP29 Posted on 24/11/2024 China remains classified as a developing nation despite being the world’s largest emitter. (EPA Images pic) BAKU: The world’s most climate-imperilled nations stormed out of consultations in protest at the deadlocked UN COP29 conference today, as simmering tensions over a hard-fought finance deal erupted into the open. Diplomats from small… Read More
I won’t step down as Sabah Umno chief, says Bung Posted on 21/11/2024 KOTA KINABALU, Nov 20 — Datuk Seri Bung Moktar Radin said he will not entertain calls for him to step down as Sabah Umno chief over his corruption case and declared he would continue to lead the party’s state chapter. The Kinabatangan MP was urged to resign as Sabah Umno… Read More
Envoy says beneficial economic ties between US and Malaysia set to continue, even with Trump administration Posted on 06/12/2024 GEORGE TOWN, Dec 5 — United States envoy Edgard D. Kagan has today downplayed the impact of the upcoming Donald Trump presidency on the country’s ties with Malaysia, saying it will continue to benefit both sides. However, the US ambassador to Malaysia conceded that the exact details of the new… Read More