Festival dihenti susulan kontroversi ‘roket China’ Posted on 27/12/2024 Gambar tular replika roket dengan bendera China pada sayap yang dipamerkan di festival lampu LED di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak, Johor. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Majlis Daerah Tangkak (MDT) mengarahkan Festival Lampu LED yang mempamerkan struktur replika roket tertera bendera China dihentikan serta-merta. Dalam kenyataan MDT berkata, festival diadakan di pekarangan Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak, diarahkan menghentikan operasi dengan satu notis arahan pemberhentian operasi serta-merta sudah dikeluarkan. Katanya, malah struktur roket tertera bendera China itu juga sudah diturunkan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) susulan aduan penduduk. “Kelmarin, MDT menerima aduan berkaitan tindakan penganjur yang mendirikan struktur berbentuk kapal angkasa/roket yang memaparkan pelekat bendera China di Karnival Fantasi Lampu LED yang menimbulkan kegelisahan masyarakat tempatan. “Sehubungan itu, siasatan segera dijalankan oleh pihak MDT di tapak dan mendapati penganjur tidak mematuhi syarat-syarat penganjuran karnival khususnya tidak menjaga sensitiviti masyarakat. “Tindakan menurunkan struktur yang dimaksudkan dibuat dan satu notis arahan pemberhentian operasi serta-merta dikeluarkan oleh pihak MDT kepada penganjur semalam, selaras Seksyen 14(1) (b) dan 49(2) Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (Majlis Daerah Tangkak) 2017 kerana pelanggaran syarat itu,” katanya menurut Harian Metro. MDT berkata, pemantauan lanjut semalam mendapati tiada sebarang aktiviti berjalan dan karnival sudah ditutup sepenuhnya. Malam tadi, polis dilaporkan membuka dua kertas siasatan susulan bendera China tertera pada replika roket sempena Festival Lampu LED, susulan aduan penduduk. Ketua Polis Tangkak, Roslan Mohd Talib, dilaporkan berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Terdahulu, seorang Adun Umno Johor menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap penganjur karnival itu susulan kontroversi bendera China pada satu replika roket yang dipamerkan. Adun Gambir, Sahrihan Jani, juga mahu tindakan proaktif termasuk membatalkan permit dan penganjuran program itu jika benar penganjur tidak mematuhi garis panduan ditetapkan MDT dan pihak keselamatan. News
Murder charge for man who beat ‘overbearing’ aunt to death in Ipoh Posted on 15/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 15 — Lee Hao Yi, 21, was charged at the magistrates court in Ipoh today with the murder of his aunt, whom he allegedly beat to death with his fists. According to The Star, the jobless Lee nodded when the charge under Section 302 of the Penal… Read More
Nato chief Rutte discusses ‘global security’ with Trump Posted on 23/11/2024 Donald Trump’s thumping victory to return to the US presidency has set nerves jangling in Europe. (AP pic) BRUSSELS: Nato chief Mark Rutte held talks with US president-elect Donald Trump in Florida on the “global security issues facing the alliance”, a spokesman said today. The meeting took place yesterday in… Read More
Anger, pain in Turkey as ‘newborn deaths gang’ trial opens Posted on 19/11/2024 Activists chant slogans during a protest outside the courthouse in Istanbul where dozens of Turkish healthcare workers including doctors and nurses go on trial for fraud and causing the deaths of 10 infants. (AP pic) ISTANBUL: Dozens of suspects went on trial in Istanbul Monday over the deaths of at… Read More