FTA Malaysia-Korea Selatan muktamad tahun depan, kata Anwar Posted on 25/11/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata rundingan tertangguh sejak 2019 susulan ketidakstabilan politik di Malaysia, namun senario perniagaan serta politik negara ini kini semakin baik. SEOUL: Malaysia dan Korea Selatan akan memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) pada tahun depan dengan kedua-dua negara komited untuk mempercepat sebarang rundingan yang tertangguh. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perjanjian itu juga dijangka ditandatangani ketika lawatan balas oleh Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol ke Malaysia. Anwar yang kini dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Korea Selatan sehingga 26 Nov, berkata rundingan itu tertangguh sejak 2019 susulan ketidakstabilan politik di Malaysia, namun senario perniagaan serta politik negara ini kini semakin baik. “Pada pagi ini, saya dan Presiden Yoon membincangkan (komitmen) untuk memudah cara serta mempercepat proses rundingan berkaitan FTA. “Apabila beliau melawat Malaysia tahun depan, kami akan memuktamadkan dan memeterai FTA itu,” kata beliau pada acara Forum Perniagaan Malaysia-Korea Selatan 2024. Selain itu, Anwar yang juga menteri kewangan turut memanfaatkan forum itu dengan mengetengahkan tarikan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan dengan dasar yang jelas bagi meningkatkan potensi ekonomi negara serta Asean secara menyeluruh. Pada masa sama, perdana menteri turut menekankan keazaman kerajaan untuk melakukan perubahan yang bersesuaian sejajar dengan usaha menjadikan Malaysia menarik di mata pelabur dan perniagaan menerusi pelaksanaan dasar yang tepat, insentif wajar serta infrastruktur yang mencukupi. “Ini termasuk aspek latihan dan bakat profesional yang mempunyai pengetahuan teknikal…semua isu ini sedang ditangani. “Justeru, anda sendiri dapat lihat peningkatan tahap pembangunan selain wujudnya kapasiti bagi menarik industri baharu,” kata beliau. Forum Perniagaan Malaysia-Korea Selatan 2024 itu dihadiri oleh kalangan yang mewakili 147 syarikat tempatan, termasuk 60 syarikat pembuatan selain 78 syarikat perkhidmatan, runcit dan pengedaran serta sembilan persatuan perniagaan. News
Hezbollah-Israel truce deal says only official forces can bear arms in Lebanon Posted on 27/11/2024 Iran-backed Hezbollah has not formally commented on the ceasefire in Lebanon. (AFP pic) BEIRUT: A ceasefire proposal agreed to by Lebanon and Israel stipulates that only “official military and security forces” in Lebanon are authorised to carry arms in the country, according to a copy of the deal dated yesterday… Read More
Nearly 27% of GISBH children rescued in Selangor have stunted growth Posted on 19/11/2024 Children rescued from GISBH charity homes in Selangor have been referred to doctors, counsellors, psychologists and psychiatrists for treatment of physical and mental problems. (PDRM pic) PETALING JAYA: Nearly 27% of the 266 children rescued from GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) charity homes in Selangor were found to have stunted… Read More
South Korean president’s party boycotts martial law impeachment vote Posted on 07/12/2024 Only a single member of President Yoon Suk Yeol’s People Power Party remained in his seat, casting doubts over whether the measure would reach the two-thirds threshold to pass. (AP pool pic) SEOUL: Members of South Korean President Yoon Suk Yeol’s party left parliament ahead of a planned impeachment vote… Read More