Gadis hilang ditemukan di masjid Posted on 12/01/2025 Timbalan Ketua Polis Sepang, Shan Gopal Krishnan berkata berkata penemuan remaja itu hasil kerjasama orang awam yang berkongsi maklumat selepas kes diuar-uarkan. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang pada Jumaat ditemui selamat di sebuah masjid di Ampang Jaya, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Sepang, Shan Gopal Krishnan, berkata gadis itu ditemui pihaknya di sebuah masjid pada jam 3.05 pagi dan diserahkan kepada keluarganya. “Aduan kehilangan remaja itu diterima daripada ibu mangsa pada Jumaat lalu selepas dia yang keluar rumah pada petang Khamis lalu tidak kembali ke rumah seperti biasa. “Bagaimanapun, mangsa ditemui selamat di sebuah masjid di Ampang Jaya, awal pagi ini dan siasatan awal mendapati tiada sebarang kegiatan jenayah dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian. Jumaat lalu, ibu kepada remaja terbabit membuat laporan polis selepas anaknya yang meninggalkan rumah keluarga mereka di Taman Bandar Bukit Puchong, Putra Perdana, Sepang, petang Khamis lalu, tidak kembali seperti biasa. Polis kemudian mengklasifikasikan kes sebagai orang hilang. Shan Gopal berkata, penemuan pelajar Tingkatan 2 itu hasil kerjasama orang awam yang berkongsi maklumat selepas kes itu diuar-uarkan. “Kerjasama dan sokongan komuniti memainkan peranan penting dalam memastikan kes ini diselesaikan dengan cepat dan selamat,” katanya. News
Critical bus driver shortage leaves operators unable to meet demand for second drivers on long-distance routes Posted on 27/12/2024 SHAH ALAM, Dec 27 — The transport industry is grappling with a shortfall of 5,000 bus drivers, leaving some operators, particularly in express and tour services, unable to assign two drivers for long-haul routes. Datuk Mohamad Ashfar Ali, president of the Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA), warned that the… Read More
Atalanta fight back to take top spot in Serie A, Roma hit five Posted on 23/12/2024 Atalanta’s Charles De Ketelaere (left) finds the net to score the winning goal against Empoli at Gewiss stadium. (AP pic) MILAN: Atalanta surged back to the top of the Serie A standings with a Charles De Ketelaere-inspired 3-2 win at home to Empoli on Sunday, while inconsistent Roma thrashed Parma 5-0…. Read More
Why was deputy minister unaware about Taliban-led visit, Wee asks Posted on 21/11/2024 MCA president Wee Ka Siong pointed out that one of DAP’s leaders had previously warned that Malaysia could end up like the Taliban-led Afghanistan if certain parties were to govern the nation. PETALING JAYA: MCA president Wee Ka Siong has questioned why the education ministry kept its deputy minister Wong… Read More