Gagal serah Black Hawk, kontrak sewaan dengan syarikat tempatan batal Posted on 06/11/2024 Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata, memandangkan tarikh serahan helikopter Black Hawk pada Oktober telah berakhir, pihaknya telah menghantar notis pembatalan kontrak kepada syarikat tempatan berkaitan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata, pihaknya sudah menyerahkan notis pembatalan perolehan Black Hawk susulan kegagalan syarikat yang memenangi kontrak sewaan empat helikopter itu memenuhi tarikh akhir penyerahan 30 Okt lepas. “Tarikh serahan pada Oktober telah berakhir, jadi kita hantar notis pembatalan,” katanya, lapor Bernama. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-12 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang hari ini. Pada Mei tahun lepas, Kementerian Pertahanan menandatangani kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk dengan syarikat tempatan Aerotree Defence and Services selama lima tahun bernilai RM187 juta. Menurut perjanjian itu, helikopter pertama sepatutnya dihantar pada November 2023 tetapi dilanjutkan kepada April tahun ini. Ogos lepas, Kementerian Pertahanan mendapat maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara berkaitan cadangan pembatalan kontrak sewaan Black Hawk kepada tentera darat. Susulan perkembangan itu, tempoh kontrak sewaan dilanjutkan hingga Oktober. Dalam perkembangan lain, Khaled berkata, hasil siasatan berhubung kes buli dan dera melibatkan seorang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dimuktamadkan pada Jumaat ini. Beliau berkata, perkara yang dikendalikan lembaga siasatan dianggotai polis dan Akademi Latihan Ketenteraan akan turut membentangkan cadangan garis panduan melibatkan disiplin. “Saya ada baca (mengenai perkembangan kes itu) daripada laporan media dan kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara. “Lembaga siasatan akan muktamadkan Jumaat ini dan membentangkan cadangan mengikut garis panduan melibatkan disiplin,” katanya menambah, pelajar yang terlibat dalam kejadian itu masih meneruskan pengajian seperti biasa. Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, kertas siasatan berhubung kes seorang kadet UPNM cedera ditekap seterika oleh senior telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati tiada unsur dendam dan pergaduhan tersebut, sebaliknya, gurauan secara keterlaluan dipercayai menjadi motif. News Malaymail
Superb Martinez strike gives Argentina 1-0 win over Peru Posted on 20/11/2024 Argentina’s Lautaro Martinez fires home a half-volley to score the winning goal against Peru at La Bombonera stadium in Buenos Aires. (AP pic) BUENOS AIRES: A second-half strike from Lautaro Martinez gave Argentina a 1-0 home win over Peru in South American qualifiers for the 2026 World Cup on Tuesday,… Read More
Zayn’s parents submit representation to AGC Posted on 29/11/2024 Zaim Ikhwan Zahari and Ismanira Abdul Manaf pleaded not guilty on June 13 to a charge of child neglect framed under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001, read with Section 34 of the Penal Code. PETALING JAYA: The parents of Zayn Rayyan Abdul Matiin have submitted a representation to… Read More
DPM Fadillah says decision on extra parliamentary seats for Sabah, Sarawak won’t be in time for GE16 Posted on 10/11/2024 KUCHING, Nov 10 — The implementation of additional parliamentary seats in Sabah and Sarawak will only be finalised after the 16th General Election (GE16), said Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof. He said this is because several legal aspects need to be reviewed before the necessary amendments can be… Read More