Gencatan senjata Israel, Hizbullah bermula Posted on 27/11/2024 Gencatan senjata itu menghentikan konflik yang menyebabkan puluhan ribu orang di Israel dan hampir 900,000 rakyat Lubnan meninggalkan rumah mereka. (Gambar EPA Images) BEIRUT: Gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah di Lubnan berkuat kuasa pada Rabu selepas lebih setahun pertempuran yang mengorbankan ribuan nyawa. Gencatan senjata bermula 4 pagi itu menghentikan perang yang memaksa puluhan ribu orang di Israel dan ratusan ribu rakyat di Lubnan meninggalkan rumah mereka. Peperangan itu menyebabkan banyak kawasan di Lubnan diserang dan tentera rejim Zionis dikerah merentasi sempadan untuk memerangi pejuang Hizbullah. Ia bermula dengan Hizbullah melancarkan serangan rentas sempadan bagi menyokong sekutu Palestinnya, Hamas yang dalam perang dengan Israel. Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan perjanjian gencatan senjata pada Selasa, dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata menterinya bersetuju dengan perjanjian itu. AS ialah sekutu utama dan penyokong tentera Israel. Biden menyifatkan perjanjian itu “berita baik” dan “permulaan baharu” buat Lubnan. Netanyahu berterima kasih kepada Biden atas pembabitannya dalam rundingan gencatan senjata itu dan berkata ia akan membolehkan Israel memfokuskan Hamas di Gaza serta Iran. Netanyahu berkata, berdasarkan syarat gencatan senjata Lubnan, Israel mempunyai kebebasan “penuh” bertindak, jika Hizbullah yang disokong Iran mencetuskan sebarang ancaman baharu. Lubnan berkata, sekurang-kurangnya 3,823 rakyatnya terbunuh sejak peperangan bermula pada Oktober 2023, kebanyakannya dalam beberapa minggu lalu, apabila Israel memperhebatkan serangannya terhadap Hizbullah. Permusuhan dengan Hizbullah pula menyebabkan sekurang-kurangnya 82 tentera dan 47 orang awam di Israel terbunuh. Beberapa jam sebelum gencatan senjata berkuat kuasa, Israel melancarkan serangan di ibu kota Lubnan pada Selasa, manakala Hizbullah pula mendakwa serangan ke atas utara Israel selepas gencatan senjata diumumkan. Hizbullah tidak menyertai sebarang rundingan langsung gencatan senjata, sebaliknya Speaker Parlimen Lubnan, Nabih Berri menjadi orang tengah bagi pihaknya. Hizbullah belum mengulas mengenai gencatan senjata itu. News
Chinese man arrested for US military base drone overflight Posted on 12/12/2024 The Vandenberg Space Force Base in California houses the launch site for space missions, including Elon Musk’s SpaceX Falcon 9 rockets. (Wiki pic) LOS ANGELES: A Chinese citizen has been charged with flying a drone over Vandenberg Space Force Base in California where he is alleged to have recorded images of… Read More
National debt now stands at RM1.24 trillion, says PM Posted on 12/11/2024 Prime Minister Anwar Ibrahim gave the Dewan Rakyat figures on the national debt in response to a question by Ahmad Amzad Mohamed (PN-Kuala Terengganu). PETALING JAYA: The federal government’s debt has increased by RM66 billion to RM1.24 trillion as of the end of September, compared to RM1.17 trillion at the… Read More
Post-election protests in Mozambique paralyse two power plants Posted on 08/12/2024 Supporters of opposition candidate Venancio Mondlane have taken to the streets after Mondlane contested the official count. (EPA Images pic) MAPUTO: Post-election protests in Mozambique paralysed two power plants on Saturday, the national utility said as unrest rocks the southern Africa nation. The ruling Frelimo party, in power since 1975,… Read More