Generasi muda perlu berani tolak rasuah, ekstremisme Posted on 18/01/2025 Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata terdapat pihak yang cuba memecahbelahkan negara dengan ekstremisme perkauman dan agama. (Gambar Bernama) LONDON: Generasi baharu dan muda Malaysia perlu mempunyai keberanian untuk menolak rasuah, perkauman dan ekstremisme agama, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Dalam membuat gesaan itu, Anwar berkata meskipun Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan aman, terdapat pihak yang cuba memecahbelahkan negara dengan ekstremisme perkauman dan agama. “Dalam konsep Madani kami, kami tidak bertolak ansur tentang isu seperti rasuah, pemimpin memboroskan kekayaan, tidak kira ia gabungan yang sama atau tidak,” katanya ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan di London School of Economics (LSE). Anwar berkata meskipun Perlembagaan menjamin hak majoriti Muslim, Melayu dan Bumiputera, terdapat kumpulan yang menggunakan dasar berasaskan kaum, menghina dan menimbulkan kebencian terhadap kaum lain. “Saya akan tegas dalam hal ini. Mereka boleh mengkritik saya kerana dasar saya tetapi tidak boleh menggunakan isu kaum dan agama,” katanya. Anwar, yang dalam lawatan kerja lima hari, berkata Malaysia dahulu mempunyai potensi untuk berkembang tetapi hal itu dimusnahkan ekoran tadbir urus yang lemah dan ketamakan. “Saya mahu orang muda faham ini. Perlu ada keberanian untuk mengatakan tidak kepada rasuah dan ketaasuban agama,” katanya sambil menambah toleransi diperlukan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia. Kira-kira 500 pelajar dan pensyarah menghadiri syarahan itu termasuk pelajar Malaysia yang menuntut di LSE. Dalam syarahan itu, Anwar juga menyentuh mengenai dwistandard dalam mentakrifkan hak asasi manusia, peraturan dan norma. “Apabila pelajar kolej dan universiti di seluruh dunia bersatu menentang kekejaman pendudukan Israel dan projek penjajahan Palestin, ada negara bertindak balas dengan keras dan mereka ini bukan pemerintahan diktator atau autokrasi tetapi kononnya contoh unggul kebebasan dan demokrasi,” katanya. Ditanya mengapa Malaysia masih belum memeterai Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967, Anwar berkata kerajaan Malaysia melayan pelarian dengan baik walaupun bukan sebahagian daripada konvensyen itu. “Kami mempunyai beberapa juta pekerja dan pelarian haram di Malaysia termasuk kira-kira 200,000 daripada Myanmar. Sama ada pelarian atau pekerja haram, pendirian kami ialah layanan bersifat kemanusiaan mesti diberikan,” tambahnya. News
Pemilik bengkel parah ditikam pelanggan Posted on 10/12/2024 Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata mangsa parah akibat tikaman pada leher dan dada. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Seorang pemilik bengkel kereta parah di leher dan dada selepas ditikam pelanggannya dalam kejadian di premis berkenaan di Subang, semalam. Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata… Read More
Durian products trading company director claims trial to CBT involving over RM195,000 Posted on 30/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 30 — A director of a durian products trading company has claimed trial in the Sessions Court today after he was charged with criminal breach of trust (CBT) involving RM195,000 in company funds. Datuk John Lee Siew Neng of Musang Durians Frozen Food (M) Sdn Bhd pleaded… Read More
Runway trouble at Subang Airport: Passengers face frustrating flight delays due to pothole Posted on 29/12/2024 SUBANG JAYA, Dec 28 — A runway closure at Subang Airport due to a pothole today led to major disruptions, causing flight cancellations and diversions. According to New Straits Times (NST), Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) CEO Datuk Captain Noorazman Mahmud confirmed that the runway was reopened at 4.30pm… Read More