GRS banyak kali tolak pelawaan Warisan untuk kerjasama, kata Shafie Posted on 05/01/2025 Rakyat Sabah perlu bersatu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sekarang kerana negeri itu sudah ‘terlalu ketinggalan’, kata Presiden Warisan Shafie Apdal. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) banyak kali menolak membincangkan kerjasama dengan Warisan bagi PRN akan datang, kata Shafie Apdal. Presiden Warisan itu menjawab khabar angin bahawa rundingan antara GRS dan Warisan berjalan secara diam-diam, lapor Daily Express. Shafie berkata, beliau banyak kali mempelawa GRS untuk membincangkan kemungkinan kerjasama, tetapi tidak berjaya. “Apa respons yang kami dapat? Mereka kata, tidak. ‘Kami tidak mahu bekerjasama dengan Warisan’,” katanya di Kepayan semalam. “Jadi terpulang kepada mereka. Saya kata, marilah bersatu, (tetapi) jangan bersatu kerana niat yang tamak, (untuk) kuasa dan jawatan.” Shafie berkata, rakyat Sabah perlu bersatu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sekarang kerana negeri itu sudah ‘terlalu ketinggalan’. Tambahnya, sukar untuk merealisasikan hak negeri bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jika rakyat Sabah tidak bersatu. Menurut Shafie, Sabah mempunyai paling banyak parti politik di negara ini, yang hanya menandakan perpecahan, bukan perpaduan. Tambahnya, Sabah juga harus bebas daripada retorik perpecahan yang berleluasa dalam kalangan parti Semenanjung. Mengenai PRN yang akan berlangsung tahun ini, Shafie berkata, beliau yakin Warisan sudah cukup bersedia kerana parti itu bukanlah muka baharu. “Kami akan lakukan apa sahaja untuk memastikan Sabah berada di landasan yang betul,” kata Shafie. Tambahnya, rakyat Sabah juga perlu diingatkan tentang masalah yang mereka hadapi seperti bekalan air dan elektrik, pendidikan serta kesihatan. News
Defence minister: Comprehensive research backs National Service 3.0 programme’s reintroduction, to foster patriotism, unity among youth Posted on 07/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 6 — Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said that the government and the Ministry of Defence (MINDEF) have carried out comprehensive quantitative and qualitative studies on the implementation of the revamped National Service Training Programme (PLKN) 3.0. He said various academic studies, alongside youth engagement… Read More
Stick to trusted 5G tech, says US envoy Posted on 05/12/2024 US ambassador to Malaysia Edgard D Kagan said Malaysia was attractive to high-tech industries thanks to its existing 5G network built on trusted suppliers. (Bernama pic) GEORGE TOWN: Malaysia should stick with trusted technology and vendors for its 5G infrastructure to maintain its reputation as a secure and reliable destination… Read More
Tech chief says EU will make sure digital platforms follow rules Posted on 12/01/2025 Henna Virkkunen said that Europe wants to create a digital environment that is safe and fair. (EPA Images pic) BRUSSELS: The EU’s top digital enforcer said on Saturday that Europe would make sure social media platforms respect citizens’ rights and comply with its rules, after criticism from US big tech…. Read More