Guan Eng kalah rayuan saman fitnah terhadap naib presiden MCA, The Star Posted on 06/12/2024 Pada Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak saman Lim Guan Eng berhubung artikel pendapat Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng dalam The Star pada 2022. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah Lim Guan Eng terhadap Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng dan Star Media Group. Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim See Mee Chun, Hakim Azmi Ariffin dan Hakim Ahmad Kamal Shahid itu berpendapat, rayuan Lim tiada merit, lalu memerintahkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu membayar kos kepada Tan dan Star Media Group, masing-masing RM30,000 dan RM40,000. Ahmad Kamal berkata, seseorang yang munasabah akan menganggap Lim menjelaskan i isu pembiayaan SJK(C) Kuek Ho Yao itu, dan pertukaran namanya. “Pada pandangan kami, pembaca biasa yang berfikiran wajar, apabila membaca kenyataan itu secara keseluruhan, akan faham ia bertujuan mendapatkan penjelasan daripada perayu (Lim) berhubung dakwaan itu. “Orang ramai tidak pasti sama ada nama SJK(C) boleh ditukar, (dan) ini memerlukan penjelasan,” katanya. Ahmad Kamal menambah, Lim sepatutnya menjelaskan perkara itu ketika kempen PRN Johor, yang sedang berlangsung pada masa artikel yang dipertikaikan itu terbit. “Isu itu menarik minat besar masyarakat Cina di Johor dan memerlukan penjelasan. Ia isu pilihan raya yang jelas,” katanya. “Kami berpandangan, orang ramai sangat berminat (tentang perkara ini). Isu yang dibangkitkan jelas melibatkan kepentingan awam.” Pada Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak saman Lim berhubung artikel pendapat Tan dalam The Star ketika PRN Johor pada 2022. Dalam saman itu, Lim mendakwa Tan membuat dakwaan palsu yang mempersoalkan motifnya memperuntukkan pembiayaan untuk sekolah itu ketika menjadi menteri kewangan. Tan memberitahu mahkamah, beliau menulis artikel itu selepas Lim memperuntukkan RM4 juta kepada SJK(C) Kuek Ho Yao pada PRN Johor. Katanya lagi, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa sekolah itu bersetuju memasukkan nama sebuah projek perumahan dalam namanya, sebagai balasan. Sekolah itu kini dikenali sebagai SJK(C) Kuek Ho Yao @ Eco Spring tetapi mengekalkan nama asalnya dalam bahasa Mandarin. Simon Murali mewakili Lim selaku peguam, manakala Ng Kian Nam dan Abdullah Abdul Rahman masing-masing mewakili Tan dan Star Media Group. News
Kremlin calls reports Trump, Putin have spoken ‘pure fiction’ Posted on 11/11/2024 The Washington Post reported that Donald Trump had told Vladimir Putin not to escalate the Ukraine war. (AFP pic) MOSCOW: The Kremlin today denied reports that US president-elect Donald Trump had spoken to Russian president Vladimir Putin in recent days, and said Putin had no concrete plans yet to speak… Read More
Dewan Bahasa refutes ‘baseless’ social media claims of burning Iban books, reaffirms commitment to cultural preservation efforts Posted on 09/11/2024 KUCHING, Nov 9 — Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) has denied allegations that it had burned Iban works of literature and books. In a statement today, DBP stressed that such a statement, which has been widely circulated in social media, is unfounded, untrue and may cause confusion and misunderstanding and… Read More
Isteri Cikgu Din meninggal dunia Posted on 03/12/2024 Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar, 34, sebelum ini tular di media sosial kerana berharap untuk ditukar ke Semenanjung bagi menemani isterinya yang menghidap kanser, Nur Atiqah My Yusoff, 30. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Isteri kepada seorang guru lelaki tular yang dikenali sebagai Cikgu Din dilaporkan meninggal dunia… Read More