Guru didakwa 5 tuduhan amang seksual fizikal pelajar Posted on 15/01/2025 Seorang guru, Mohamad Fuad Abd Wahab, 33, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar. (Gambar Reuters) PETALING JAYA: Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba kemaluan dua pelajar lelaki. Tertuduh, Mohamad Fuad Abd Wahab, 33, membuat pengakuan itu terhadap semua pertuduhan dibacakan jurubahasa menerusi dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah dan Hakim Haderiah Siri, menurut Sinar Harian. Mengikut semua kertas pertuduhan, dia didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelaki masing-masing berusia 16 tahun dengan cara meraba kemaluannya. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tiga lokasi berbeza sekitar Batu Berendam, termasuk dalam bilik pengawas sebuah sekolah menengah, dalam kereta miliknya berdekatan stesen minyak dan di bilik sebuah rumah di Taman Sutera Wangi. Perbuatan itu didakwa dilakukan antara kira-kira 8 pagi 1 Nov 2022 hingga 11.30 malam, 18 Sept 2023. Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama, memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azfar Mahmud dan Muhamad Ali Hussain masing-masing mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan. Muhammad Ali turut mencadangkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan dan perlu melapor diri setiap awal bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai. Peguam Andrew Lourdes dan Chua Yong Yi yang mewakili tertuduh, masing-masing merayu denda minimum dengan alasan anak guamnya bergaji rendah dan perlu menyara ibu bapa sedang sakit. News
IGP: Five arrested, including Sarawak broadcasting executive, in money laundering probe under Op Ragada Posted on 11/01/2025 KUALA LUMPUR, 10 Jan — Police have arrested five individuals, including a senior executive of a local broadcasting company, on suspicion of being involved in a money laundering case. Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain said the four men and one woman aged between 20 and 60, were detained… Read More
Ex-research assistant Yusoff Rawther pleads not guilty to cannabis trafficking charges Posted on 06/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 5 — A former research assistant to a politician was charged in the High Court here today with trafficking in 305 grams of cannabis on September 6. Muhammed Yusoff Rawther, 31, pleaded not guilty after the charge was re-read to him before Judge Datuk Muhammad Jamil Hussin… Read More
French generations collide as Monfils edges Mpetshi Perricard Posted on 14/01/2025 Gael Monfils of France celebrates after defeating compatriot Giovanni Mpetshi Perricard in their first round match at the Australian Open in Melbourne on Tuesday. (AP pic) MELBOURNE: Experience triumphed over potential as Gael Monfils edged Giovanni Mpetshi Perricard 7-6(7), 6-3, 6-7(6), 7-6(5), 6-4 in an all-French thriller in the first… Read More