Harga 20 barangan segar turun lebih 10% Jun-Julai, kata Rafizi Posted on 19/11/2024 Barangan segar yang lebih murah Julai lalu termasuk timun, kacang buncis, cili padi, kubis, daging kambing, anggur merah, lada benggala, saderi dan limau kasturi. PETALING JAYA: Harga 20 barangan segar turun lebih 10% dari Jun hingga Julai lalu, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika menolak dakwaan kenaikan harga barang. Menurutnya, beliau menyemak laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dikeluarkan September lalu yang mengukur perubahan harga pelbagai barangan pada Julai dan Jun lalu. Beliau berkata, barangan segar lebih murah pada Julai termasuk timun, kacang buncis, cili padi, kubis bulat, daging kambing, anggur merah, lada benggala, saderi dan limau kasturi. “Ayam turun harga daripada RM9.62 kepada RM8.54 sekilo,” katanya dalam catatan X. “Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan inflasi kekal rendah berbanding sebelum kerajaan madani mengambil alih. “Jadi, kalau terjumpa orang di media sosial yang kata harga barang naik melambung dan hidup sengsara sebab harga barang naik, saya minta hantar bukti itu kepada saya supaya saya boleh bagi kepada KPDN untuk diambil tindakan.” Beliau berkata, hanya empat barangan segar mengalami kenaikan harga lebih 10% iaitu betik, udang putih, oren Valencia dan jambu batu tanpa biji. Tetapi katanya, harga 238 barangan naik dalam tempoh itu, termasuk empat barangan segar itu, tanpa mendedahkan barangan lain. Menurutnya, harga 59 barangan lain tidak berubah. News
NGO, resident appeal dismissal of Perhilitan suit over monkey culling Posted on 06/12/2024 Perhilitan previously denied culling 20 dusky leaf monkeys, saying it had only killed seven monkeys which were aggressive and frequently disturbed residents in Port Dickson. (File pic) PETALING JAYA: A wildlife rights NGO and a resident of a neighbourhood in Port Dickson are appealing the dismissal by the Seremban High… Read More
US defence secretary scraps South Korea trip Posted on 06/12/2024 US defence secretary Lloyd Austin (centre) welcomes Armenia’s defence minister Suren Papikyan (centre left) to the Pentagon on Thursday. (AP pic) WASHINGTON: US defence secretary Lloyd Austin no longer plans to travel to South Korea, two US officials told Reuters on Thursday, following South Korean President Yoon Suk-yeol’s botched attempt… Read More
Masalah kesihatan mental kanak-kanak, belia meningkat 2 kali ganda Posted on 04/12/2024 Lukanisman Awang Sauni berkata Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan turut mendapati peningkatan prevalen tingkah laku bunuh diri dalam tempoh 10 tahun. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Masalah kesihatan mental melibatkan kumpulan umur kanak-kanak, remaja serta belia menunjukkan peningkatan dua kali ganda, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni. Beliau berkata berdasarkan… Read More