Himpunan solidariti Najib gadai maruah, martabat orang Melayu, kata Mukhriz Posted on 06/01/2025 Mukhriz Mahathir menzahirkan rasa pelik apabila ada mengaitkan penyatuan Melayu dengan penganjuran himpunan Najib Razak. PETALING JAYA: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menyifatkan ‘pelik’ dengan mengaitkan penyatuan orang Melayu dengan penganjuran himpunan dikatakan bersolidariti kepada bekas perdana menteri, Najib Razak. “Kami (Pejuang) mendukung serta menyokong penuh apa jua usaha menyatukan masyarakat Melayu. Dengan satu syarat sahaja niat di sebalik perpaduan itu mesti nyata. “Bukankah dia (Najib) pemimpin Melayu yang menghancurkan imej masyarakat Melayu? Dia yang meleraikan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga kalah dalam PRU 2018,” katanya menerusi audio siar ‘Suara Marhaen’. Beliau berkata, masyarakat Melayu patut menyedari himpunan ‘sokong Najib’ itu hanya menggadaikan maruah dan martabat orang Melayu. “Malu masyarakat Melayu dengan menyokong perasuah. Kalau tiada langsung integriti mana pergi kita,” katanya. Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam surat kepada ahli parti berkata, himpunan itu tertumpu pada rayuan Najib mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung titah adendum mengenai tahanan rumah. Takiyuddin turut meminta ahli parti berkumpul di depan Istana Kehakiman bermula 9 pagi pada 6 Jan, iaitu pada hari Mahkamah Rayuan mendengar permohonan Najib mendapatkan kebenaran mengemukakan keterangan baharu dalam rayuannya menjalani tahanan rumah. Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun, daripada 12 tahun selain denda dikurangkan kepada RM50 juta oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, susulan sabitan kes SRC International. Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Razarudin Husain menggesa orang ramai tidak menyertai apa jua perhimpunan dianjurkan mana-mana pihak, demi menghormati Yang di-Pertuan Agong. Gesaan beliau menyusul kenyataan Istana Negara, mengingatkan semua pihak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bagi memohon pengampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan. News
Dortmund slump to 4-2 loss at Kiel despite late comeback Posted on 15/01/2025 Holstein Kiel’s Phil Harres (centre) celebrates scoring his team’s second goal against Borussia Dortmund at the Holstein stadium. (AP pic) BERLIN: Struggling Holstein Kiel scored three times in a dominant first half but had to survive a late comeback from Borussia Dortmund before beating the visitors 4-2 on Tuesday, a… Read More
You didn’t engage us, IJM-led consortium tells Penang on Batu Kawan bid Posted on 02/12/2024 The consortium said it proposed a fully industrial development plan despite the RFP’s specification of a 90% industrial and 10% mixed-use ratio ‘as it better aligns’ with Penang’s long-term goals. (Facebook pic) PETALING JAYA: A consortium led by IJM Properties Sdn Bhd says the Penang government rejected its proposal to… Read More
US wants ‘behavioural change’ by Iran after president’s nuclear pledges Posted on 15/11/2024 President Masoud Pezeshkian (right) speaks with IAEA director General Rafael Mariano Grossi (left) during their meeting in Tehran. (AP pic) WASHINGTON: The US wants action rather than words by Iran on its nuclear programme, after president Masoud Pezeshkian promised to resolve doubts ahead of Donald Trump’s return to the White House,… Read More