Hina orang Melayu, ‘Mak Cik Kemboja’ didenda RM40,000 Posted on 06/12/2024 Mariyah Yaakob, 48, yang dikenali ‘Mak cik Kemboja’ mengaku salah terhadap dua pertuduhan menghina orang Melayu di Mahkamah Sesyen Melaka. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Wanita dikenali sebagai ‘Mak Cik Kemboja’ didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka selepas mengaku salah atas dua pertuduhan menghina orang Melayu, pada November tahun lalu. Anak lelakinya yang turut dituduh mengaku salah, namun dilepaskan dengan bon berkelakuan baik sebanyak RM10,000 memandangkan dia masih menyambung pengajiannya di University of Reading, United Kingdom. Tertuduh, Mariyah Yaakob, 48, dan Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 23, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman, lapor Sinar Harian. Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membuat penyataan dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu melakukan kesalahan terhadap mana-mana kaum lain. Perbuatan itu dilakukan menerusi rakaman video di aplikasi TikTok dan telah ditonton di sebuah rumah di Bukit Piatu, Kampung Musai, Melaka, pada 6 petang, 16 Nov 2023. Pendakwaan terhadap ibu tunggal tiga orang anak itu dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. Sementara itu, anaknya yang juga pengarah syarikat Mariyah Holding didakwa secara sedar menggunakan aplikasi TikTok di alamat sama dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan ibunya mengatakan kenyataan jelik itu antara 14 hingga 16 Nov 2023. Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Pengarah Pendakwaan Melaka Ahmad Sazali Omar, dalam prosidingnya mencadangkan hukuman setimpal dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan mereka telah menyentuh begitu serius isu 3R. Katanya, walaupun kedua-dua tertuduh telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia menerusi media sosial, namun ia bukan alasan untuk diringankan hukuman. Peguam kedua-dua tertuduh, Kamal Hisham Jaafar dalam rayuannya memohon hukuman ringan dikenakan dengan alasan pengakuan salah dibuat anak guamnya telah menjimatkan masa mahkamah. Dalam hujahan, Kamal Hisham berkata, permohonan maaf yang pernah dilakukan di media sosial membuktikan kedua-duanya benar-benar telah insaf dan tidak akan mengulanginya. Azaraorni memerintahkan Mariyah membayar denda RM40,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu. Mariyah yang berbaju hijau kemudian dilihat membayar denda berkenaan selepas hukuman itu dijatuhkan. Sebelum ini, tular video di media sosial menunjukkan seorang wanita yang mengaku asal Kemboja, tetapi sudah lama bermastautin di negara ini mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah. Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan, menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan. News
Grab’s Terengganu partners pocket more than RM10mil in 2023 Posted on 20/11/2024 Grab Malaysia country operations and mobility director Rashid Shukor (left) at a recent Grab Malaysia TechTarik Series event with the platform’s partners in Kuala Terengganu. (Grab pic) PETALING JAYA: Grab’s partners in Terengganu collectively earned over RM10 million on the platform last year, with the regional superapp providing income opportunities… Read More
Azam Baki says can’t just act on videos online, questions distrust of MACC in Sabah graft case Posted on 16/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 16 — The lawyer representing an individual implicated in a video allegedly linked to corruption involving an assemblyman had approached the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) seeking protection. MACC Chief Commissioner Tan Sri Azam Baki said the lawyer visited the MACC headquarters in Putrajaya on Oct 30 to… Read More
Father, step-mum guilty of murdering British-Pakistani girl Posted on 12/12/2024 During the trial, all three family members; Urfan Sharif (left), Beinash Batool (centre) and Faisal Malik (right); entered not guilty pleas. (AFP pic) LONDON: The father and stepmother of a 10-year-old British-Pakistani girl were found guilty on Wednesday of her murder in a gruesome case of child abuse that has… Read More