Hormati privasi rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi Posted on 03/01/2025 Kementerian Luar berkata pihaknya menegakkan prinsip kerahsiaan dan maruah untuk semua rakyat Malaysia di luar negara. KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi. Dalam kenyataan, kementerian itu memberi jaminan bahawa bantuan konsular telah diberikan kepada individu tersebut dan usaha berterusan dilakukan bagi memastikan perundangan tempatan melindungi haknya. “Kementerian akan menyelaras rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menangani situasi itu dan komited untuk memberikan sokongan yang sewajarnya selain menegakkan prinsip kerahsiaan dan maruah untuk semua rakyat Malaysia di luar negara. “Kami menggesa media supaya menghormati privasi individu dan keluarga mereka semasa masa sukar ini. Perkara sebegini sesuatu yang sensitif dan tidak boleh dianggap sebagai peluang untuk spekulasi atau gosip,” menurut kenyataan itu. Sementara itu, sumber memaklumkan seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober tahun lalu atas kesalahan memiliki dadah, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu. Menurut sumber itu, hukuman tersebut dijatuhkan ketika perbicaraan pelawak terbabit pada November tahun lepas dan berdasarkan penghakiman, tempoh hukuman itu dijangka selesai April ini. Difahamkan, pelawak tersebut mungkin dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik. Sebelum ini, dilaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya. News
PDRM announces transfer of 21 senior officers Posted on 19/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 18 — The Royal Malaysia Police (PDRM) today announced the transfer of 21 senior officers effective December 16. PDRM secretary Datuk Kamaruzaman Abdullah, in a statement today, said among those involved in the transfer was Bukit Aman Management Department director Datuk Seri Azmi Abu Kassim, who has… Read More
Nigeria’s Lookman named African Footballer of the Year Posted on 17/12/2024 Ademola Lookman netted a hattrick in Atalanta’s Europa League win over Bayer Leverkusen and helped Nigeria reach the Africa Cup of Nations final. (EPA Images pic) MARRAKECH: Nigeria forward Ademola Lookman was named African Footballer of Year by the Confederation of African Football at their awards ceremony on Monday. The… Read More
DPM Fadillah says decision on extra parliamentary seats for Sabah, Sarawak won’t be in time for GE16 Posted on 10/11/2024 KUCHING, Nov 10 — The implementation of additional parliamentary seats in Sabah and Sarawak will only be finalised after the 16th General Election (GE16), said Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof. He said this is because several legal aspects need to be reviewed before the necessary amendments can be… Read More