Husni tak bantah 1MDB dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Najib beritahu Posted on 03/12/2024 Najib Razak kata setiap anggota Jemaah Menteri diberi agenda yang memaklumkan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat mingguan. KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak berkata rakan sekerjanya ketika itu, Ahmad Husni Hanadzlah, tidak pernah membangkitkan sebarang bantahan berhubung perkara berkaitan 1MDB semasa berkhidmat sebagai menteri kewangan II. Pada perbicaraan 1MDB hari ini, Najib berkata tiada minit mesyuarat Jemaah Menteri menunjukkan Husni tidak bersetuju dengan kerajaan persekutuan mengambil alih Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2009. Menurutnya, setiap anggota Jemaah Menteri diberi agenda yang memaklumkan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat mingguan. “Beliau tidak menyuarakan bantahan atau kebimbangan atau mencadangkan supaya pengambilalihan itu dijeda untuk kajian kebolehlaksanaan,” Najib beritahu Mahkamah Tinggi. Najib tidak ingat sama ada Husni pernah bertemunya secara peribadi, pada 2009, untuk berbincang mengenai menjalankan kajian kebolehlaksanaan 1MDB. Sebelum ini, Husni beritahu mahkamah bahawa beliau telah memaklumkan tentang risiko penubuhan 1MDB tetapi Najib berkata “Saya akan teruskan (tubuh 1MDB)”. Namun, Najib beritahu mahkamah bahawa kajian kebolehlaksanaan dalam kes ini memandangkan 1MDB bukanlah syarikat baharu tetapi ‘penjenamaan semula’ TIA semata-mata. “Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) telah pun memegang saham emas dalam TIA. Kajian kebolehlaksanaan perlu jika MoF Inc tidak memegang sebarang saham khas dalam syarikat itu,” katanya. Najib dakwa keterangan Husni adalah cubaan untuk menjauhkan diri daripada skandal 1MDB atau “membesar-besarkan penglibatan saya dalam 1MDB”. Najib menamakan bekas ahli pengurusan 1MDB – bekas CEO Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Hazem Abd Rahman, bekas CFO Azmi Tahir, dan bekas penasihat undang-undang Jasmine Loo – sebagai mereka yang harus bertanggungjawab ke atas hal ehwal syarikat. “Adalah mudah bagi mereka untuk meletakkan kesalahan ke atas saya untuk melindungi diri mereka daripada liabiliti jenayah. Mereka melaksanakan dan mengambil bahagian dalam rancangan Low Taek Jho,” tambahnya. Ketika ditanya oleh peguamnya, Shafee Abdullah, sama ada beliau pernah dengar istilah “working in silos (bekerja dalam komuniti sendiri)” dan “need-to-know basis (jangan sebar maklumat kepada pihak yang tidak perlu tahu),” Najib menjelaskan ini hanya terpakai dalam konteks kerja kerajaan, kerana beberapa perkara tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi. “Jelas bahawa anda tidak boleh kongsi (semua maklumat) dengan seluruh warga pejabat,” kata Najib. Bagaimanapun, terma-terma ini tidak terpakai dalam perkara 1MDB, tambahnya. Shafee membalas Shahrol menggunakan terma-terma ini dalam kenyataan saksi. Najib menegaskan bahawa keseluruhan kes 1MDB — daripada penyiasatan kepada pertuduhan terhadapnya — adalah cacat kerana pegawai penyiasat tidak pernah bertanya kepadanya soalan-soalan penting. “Sebagai suspek, apabila anda beri jawapan (kepada pihak berkuasa), mereka perlu siasat dan kemudian memutuskan untuk mendakwa anda. Perbicaraan yang adil berdasarkan penyiasatan yang adil.” Najib berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa ke atas dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion, yang dimasukkan ke akaun AmBank milikknya antara Februari 2011 dan Disember 2014. Pendengaran di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah diteruskan. News
Boiler explosion triggers massive fire at tape factory in Prai industrial area in Penang, 80 workers evacuated Posted on 18/01/2025 KUALA LUMPUR, Jan 18 — A tape factory in the Prai Industrial Area in Butterworth was engulfed in flames following a boiler explosion that caused a major fire yesterday afternoon. The incident, which occurred at approximately 4.40pm, sent thick black smoke billowing into the sky, alarming nearby residents and motorists…. Read More
Henti sebar video, mesej niat jahat, kata Yeoh susulan keputusan Mahkamah Tinggi Posted on 27/12/2024 Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menegaskan, beliau sentiasa menghormati dan mendukung Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, beliau akan membuat laporan polis terhadap video dan mesej berniat jahat yang memberi gambaran beliau cuba menjadikan Malaysia ‘negara… Read More
PM Anwar satisfied with Cabinet’s performance, says room for growth remains Posted on 21/12/2024 SUBANG, Dec 21 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has expressed satisfaction with the performance of all Cabinet ministers after two years of the MADANI Government’s administration. He noted, however, that there is still room for improvement in enhancing the government’s achievements for the benefit of the people. He… Read More