IPT digesa wujud segera ‘hotline’ lapor kes buli Posted on 21/12/2024 Ahli akademik turut menggesa kerajaan memperkenalkan Dasar Anti-Buli di IPT yang memberi tumpuan kepada pencegahan, intervensi dan hukuman yang bersesuaian bagi mewujudkan kesedaran penuntut. (Gambar Fail) PETALING JAYA: Institut pengajian tinggi (IPT) digesa mewujudkan talian penting (hotline) bagi membolehkan pelajar membuat aduan segera berkaitan kes buli. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Alif Jasni berkata, talian itu merupakan keperluan mendesak ketika ini susulan peningkatan kes buli melibatkan pelajar IPT yang semakin membimbangkan. “Pihak universiti harus menjalankan kempen untuk memaklumkan kepada semua pelajar dan kakitangan mengenai kewujudan ‘hotline’ ini. “Malahan, pekerja keselamatan universiti juga perlu dilatih untuk menangani laporan buli dengan profesional,” katanya kepada FMT. Mohd Alif berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kes buli yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini dengan kes terbaru melibatkan pelajar dipukul beramai-ramai di sebuah IPT di Seri Iskandar, Perak. Selain itu, pada 18 Dis lepas, polis menahan 12 penuntut sebuah IPT di Terengganu yang dipercayai terbabit dalam kejadian pukul secara bergilir-gilir di sebuah kolej kediaman. Pada 2017, negara digemparkan dengan kematian seorang Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat dipukul beramai-ramai menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju. Dalam pada itu, Mohd Alif turut menggesa kerajaan memperkenalkan Dasar Anti-Buli di IPT yang memberi tumpuan kepada pencegahan, intervensi dan hukuman yang bersesuaian bagi mewujudkan kesedaran penuntut. Sementara itu Pensyarah Kanan, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM) Sabri Sulaiman pula menggesa agar program yang boleh menjurus ke arah memupuk hubungan positif dan empati serta kesan buruk buli segera dilaksanakan. “Selain itu, pensyarah, kakitangan pentadbiran dan pemimpin mahasiswa perlu diberi latihan bagaimana untuk campur tangan dengan berkesan apabila mereka menyaksikan tingkah laku buli serta membantu mangsa buli,” katanya. Tambahnya, pihak institusi juga perlu menawarkan program rehabilitasi pembuli seperti bengkel pengurusan kemarahan atau pembangunan empati. “Program-program ini bertujuan menangani punca tingkah laku agresif dan mengajar mahasiswa cara berinteraksi dengan orang lain secara lebih sihat dan tidak ganas,” katanya. News
Minister finds home for family of 7 living in car Posted on 23/12/2024 Lorry driver Hilmi, his wife and their five children will not have to put up in a car anymore. (Facebook pic) PETALING JAYA: A family of seven living in a car now have a roof over their heads, thanks to human resources minister Steven Sim. In a Facebook post, Sim… Read More
Thamaraj creates history with world silat gold medal Posted on 23/12/2024 The Malaysian team, with V Thamaraj (front row, left), at the 20th World Silat Championship in the United Arab Emirates. (Facebook pic) PETALING JAYA: V Thamaraj says he is overjoyed after creating history as the first Malaysian Indian to become a world champion in silat. Thamaraj, 29, defeated Uzbekistan’s Khudoyberdiev… Read More
Sarawakian firm mulls legal action against Mavcom after court charges Posted on 09/12/2024 BCS Aviation (Sarawak) Sdn Bhd is accused of conducting refuelling operations without a valid ground handling licence at the Kuching International Airport between July 29 and Aug 18, 2019. (Malaysia Airports pic) PETALING JAYA: A Sarawakian company is considering legal action against the Malaysian Aviation Commission (Mavcom) after the firm… Read More