Ismail Sabri santuni 2 keluarga di Sarawak sempena Hari Natal Posted on 13/12/2024 Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) menyantuni keluarga Tina Bong dan dua anaknya ketika melawat keluarga itu di Kuching, Sarawak semalam. PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menyantuni dua keluarga di Kuching, Sarawak semalam yang kehilangan ‘tonggak utama’ akibat Covid-19 pada 2021 sempena Hari Natal yang bakal disambut tidak lama lagi. Selepas kehilangan suami, Tina Bong, 50, terpaksa menumpang di rumah milik mentua bersama-sama dua orang anaknya iaitu Ethan Sim Yong Ching, 18, dan Evan Sim Yong Ching, 15. Pendapatan Tina pula tidak menentu kerana hanya bekerja pembantu memasak sekiranya ada permintaan dan pada masa sama juga perlu menjaga kedua-dua mentuanya yang uzur berusia 87 dan 85 tahun. Ismail yang juga pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) berkata, bantuan wang tunai disalurkan kepada Tina dan keluarga bagi memastikan mereka dapat menyambut Hari Natal dengan penuh kegembiraan. “Seramai 20 anak-anak yatim dan yatim piatu bawah kendalian YKM yang beragama Kristian turut menerima sumbangan Hari Natal sebanyak RM300 seorang melalui akaun bank masing-masing bermula esok,” katanya dalam kenyataan. Ismail berkata, bantuan kasih secara berfasa juga diberikan kepada 977 penerima sejak 2022 termasuk seramai 47 penerima bantuan daripada 21 keluarga di Sarawak. Katanya, anak-anak yang berusia di bawah 16 tahun menerima bantuan sebanyak RM2,000 setahun manakala remaja yang berusia 16 tahun sehingga tamat pengajian ijazah pertama menerima bantuan sebanyak RM2,500 setahun. “YKM membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini untuk Bantuan Persekolahan, Bantuan Menara Gading, Hadiah Kecemerlangan Akademik, Sumbangan Perayaan dan Bantuan Bencana serta pengurusan. “Jumlah sumbangan dijangka meningkat pada tahun hadapan, kita menerima sebanyak 890 permohonan baharu dan masih lagi dalam proses semakan serta tapisan,” katanya. Ismail juga menziarahi keluarga Rimanoraishahida Sarbini, 37, di Taman Malihah yang merupakan pemohon baharu bantuan YKM. Suaminya meninggal dunia pada Sep 2021 akibat pandemik Covid-19. “Dia terpaksa menjaga tiga orang anaknya iaitu Muhammad Iman Darius, 16, Nur Iman Amani, 14, dan Nur Iman Aleeya, 13, dengan pendapatan RM700 sebulan sebagai pengasuh kanak-kanak. “Setelah meneliti taraf hidup keluarga ini, YKM bersetuju untuk memasukkan ketiga-tiga anaknya sebagai penerima bantuan yayasan ini bermula tahun hadapan,” katanya sambil menambah surat kelulusan permohonan YKM turut diserahkan ketika kunjungan. News
Sarawakian firm mulls legal action against Mavcom after court charges Posted on 09/12/2024 BCS Aviation (Sarawak) Sdn Bhd is accused of conducting refuelling operations without a valid ground handling licence at the Kuching International Airport between July 29 and Aug 18, 2019. (Malaysia Airports pic) PETALING JAYA: A Sarawakian company is considering legal action against the Malaysian Aviation Commission (Mavcom) after the firm… Read More
Israeli airstrike hits central Beirut, security sources say Posted on 23/11/2024 Saturday’s attack is the fourth Israeli airstrike this week targeting a central area of Beirut. (AP pic) BEIRUT: A powerful Israeli airstrike targeted central Beirut early on Saturday, security sources said, shaking the Lebanese capital as Israel pressed its offensive against the Iran-backed Hezbollah group. Several powerful blasts shook Beirut… Read More
Real, Barca to face fourth-tier minnows in Copa del Rey Posted on 10/12/2024 La Liga and Champions League holders Real face a Minera side which ousted top-flight Alaves in the last round. (EPA Images pic) BARCELONA: Spanish giants Real Madrid and Barcelona will face fourth-tier minnows Deportivo Minera and Barbastro respectively in the last 32 of the Copa del Rey after the draw… Read More