Isu Jalur Gemilang terbalik kesilapan ketara, kata Fahmi Posted on 14/12/2024 Fahmi Fadzil menasihatkan warganet berpada-pada dalam memberikan komen berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi Lee Zii Jia bagi mengelakkan salah faham. PETALING JAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional badminton negara, Lee Zii Jia sebagai kesilapan ketara dan kecuaian kritikal pihak bertanggungjawab. Beliau berkata, pihaknya tiada maklumat sama ada polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima laporan berhubung insiden itu. “Saya ambil maklum pihak terlibat telah (membuat) permohonan maaf. Bagi saya, itu kesilapan ketara melibatkan baju dipakai pemain yang cukup dikenali, mewakili dan membawa bendera Malaysia. “Jadi, saya anggap itu kecuaian agak kritikal. Sekiranya ada siasatan, kita serah kepada pihak berkuasa,” katanya menurut Bernama selepas taklimat berkaitan projek pembuktian konsep (POC) Tarana di Dewan Masyarakat Kampung Seri Bunian, Pontian. Beliau menasihatkan warganet berpada-pada dalam memberikan komen berhubung isu itu. “Kadangkala komen kita boleh disalah faham atau disalah erti dan kita tak nak ada keadaan mengapi-apikan. Biarlah kita ambil tindakan bersesuaian yang adil dan kita nak situasi seperti ini tidak berulang.” Rabu lalu, penaja jersi Zii Jia, Victor Malaysia memohon maaf dan berjanji akan menyiasat insiden yang berlaku pada kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Kongres Nasional PKR Fahmi yang juga ketua penerangan PKR berkata, Kongres Nasional 2024 dijadual diadakan selepas musim monsun timur laut (MTL) berakhir bagi menghormati mangsa bencana di seluruh negara. “Kongres ini akan tetap diadakan di Johor, cuma tarikhnya selepas MTL sebab kita faham ketika ini ramai yang terkesan akibat banjir yang tidak begitu baik. Ini keputusan kepimpinan parti. Kita sasarkan ia diadakan menjelang suku kedua tahun depan.” Pada 30 Nov lalu, Fahmi mengumumkan PKR memutuskan Kongres Nasional 2024 yang dijadualkan 15 Dis ini ditangguhkan ekoran banjir di beberapa negeri. News
TNB share rises in early trade on new tariff announcement Posted on 27/12/2024 Tenaga Nasional Bhd yesterday announced the government had approved a new tariff schedule to take effect from July 1, 2025. KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd’s (TNB) shares surged in early trade today after announcing a new tariff schedule for Peninsular Malaysia under Regulatory Period 4 (RP4). The stock opened 24… Read More
Cops to probe fake calls seeking help during floods Posted on 08/12/2024 Deputy inspector-general of police Ayob Khan Mydin Pitchay said they will focus on flood relief efforts first before probing the hoax calls. (Bernama pic) PETALING JAYA: Police will open an investigation into fake calls related to floods that disrupted rescue operations during the first wave of flooding recently. Deputy inspector-general… Read More
Wall Street closes lower as investors assess data after recent gains Posted on 13/12/2024 The S&P 500 reached a one-week high, driven by an inflation report backing a 25-basis-point rate cut at the Federal Reserve’s December meeting. (AFP pic) NEW YORK: Wall Street closed lower on Thursday as investors evaluated key economic indicators ahead of the Federal Reserve’s meeting next week. The Nasdaq had… Read More