Jangan sertai perhimpunan antirasuah, pelajar UMS diberitahu Posted on 27/12/2024 Penganjur mengumumkan perhimpunan ‘Gempur Rasuah Sabah’ akan diadakan pada 31 Dis ini. PETALING JAYA: Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah menasihati pelajar untuk tidak menyertai satu perhimpunan antirasuah yang dijadualkan pada 31 Dis ini, bagaimanapun, ia tidak menghalang sesiapa yang memilih untuk hadir. Majlis itu berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan dalam perhimpunan itu termasuk pelantikan Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah, yang mungkin menyalahi undang-undang. “Kami menghormati hak individu untuk menyuarakan pendapat dan menuntut perubahan tetapi kami menekankan keselamatan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, pelajar juga perlu mengelak sebarang provokasi sepanjang perhimpunan. Dirancang diadakan di luar pusat pentadbiran kerajaan negeri Sabah, perhimpunan tersebut bertujuan mendesak tindakan lebih tegas terhadap amalan rasuah di negeri itu. Bagaimanapun, beberapa tuntutan daripada penganjur menimbulkan kebimbangan, termasuk kritikan terhadap perlantikan Musa sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah, yang mungkin melanggar undang-undang. Bertemakan ‘Gempur Rasuah Sabah’, penganjur menjangkakan lebih 10,000 menyertai perhimpunan itu. Penganjur juga berusaha untuk mendapatkan kebenaran polis. Penganjur dilaporkan berkata rakyat Sabah sudah bosan dengan dakwaan rasuah yang berlaku hingga mencemarkan imej negeri itu. News
First of 20 Airbus A330neo delivered to Malaysia Airlines via Avolon lease (VIDEO) Posted on 29/11/2024 AMSTERDAM, Nov 29 — Dublin-based aircraft-leasing company Avolon announced on Friday the delivery of the first of 20 Airbus A330neo aircraft that are to be leased to the Malaysia Aviation Group (MAG), the parent company of Malaysia Airlines. The aircraft was delivered at Airbus’ Delivery Centre in Toulouse, the company… Read More
In Parliament, Anwar insists remarks on Israel consistent with Malaysia’s stand tracing back to Tunku’s time Posted on 21/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 21 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today reiterated that critics must be fair and contextualise his statements from an interview with the CNN news network regarding Malaysia’s stance on Israel. Speaking in the Dewan Rakyat today, he reaffirmed the nation’s long-standing foreign policy principles and… Read More
Khazanah committed to startup investments despite Fashion Valet loss, says minister Posted on 14/11/2024 Finance minister II Amir Hamzah Azizan said Khazanah Nasional Bhd will continue to support local startups and the venture capital ecosystem. (Bernama pic) KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd will continue to invest in local startups despite its failed investment in online fashion retailer Fashion Valet Sdn Bhd, finance minister II… Read More