Jemaah Menteri terima cadangan bahagi fungsi peguam negara, pendakwa raya, kata PM Posted on 21/12/2024 Khamis lepas, gabungan NGO menggesa perdana menteri mengumumkan garis masa yang jelas untuk pengasingan fungsi pendakwaan awam daripada Jabatan Peguam Negara. PETALING JAYA: Jemaah Menteri telah menerima cadangan pembahagian fungsi antara peguam negara dan pendakwa raya dan seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk menelitinya, menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, katanya, draf kertas Jemaah Menteri mengenai perkara itu dijangka siap pada pertengahan tahun depan, lapor Bernama. Beliau mengakui isu tersebut cukup rumit dan mengambil masa untuk disiapkan kerana memerlukan banyak pindaan, termasuk Perlembagaan Persekutuan. “Usaha ini pasti akan berjaya dilaksanakan, diharapkan pada pertengahan tahun depan,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Mohamad Fauzi Md Isa, bersama kira-kira 100 wartawan tempatan dan antarabangsa. “Saya belum lihat draf itu … tetapi kertas kerja yang dibentangkan setakat ini ialah keputusan dasar sama ada kita bersetuju dengan pengasingan itu yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.” Khamis lepas, gabungan NGO menggesa Anwar mengumumkan garis masa yang jelas untuk pengasingan fungsi pendakwaan awam daripada Jabatan Peguam Negara. Pada Mac 2023, Anwar mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pengasingan fungsi tersebut. Pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya bertujuan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan, memastikan keputusan pendakwaan dibuat tanpa pengaruh yang tidak wajar dan peguam negara boleh bertindak sebagai penasihat undang-undang yang tidak berat sebelah kepada kerajaan. News
Businessman acquitted in RM615,000 bribery case Posted on 18/12/2024 In his closing argument at the end of the prosecution’s case today, lawyer RSN Rayer told the sessions court in Butterworth that the accused was not at the locations specified in the charges. (File pic) BUTTERWORTH: A businessman accused of soliciting and accepting bribes totalling RM615,000 to “settle” a police… Read More
Two Chinese nationals fined for stealing cash from passengers on flights at Penang International Airport Posted on 04/12/2024 GEORGE TOWN, Dec 4 — Two Chinese nationals were fined RM3,700 and RM2,000 respectively after pleading guilty to stealing from fellow passengers aboard flights at the Penang International Airport (PIA). Xin Min, 61, admitted to stealing NT$ 24,000 and RM200 from Lye Khai Seng on November 24 between 10.20am and… Read More
Pasir Mas MP Fadhli Shaari under fire as cryptic post linked to cancelled solidarity rally raises questions about motives, loyalty to King Posted on 05/01/2025 KUALA LUMPUR, Jan 4 — A cryptic post by Pasir Mas MP Fadhli Shaari on social media last night has led many politicians and elected representatives to question his motives behind it. Umno Youth Chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh shared his view in his own brief Facebook post today,… Read More