Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Johor, Kedah menurun Posted on 08/12/2024 Seramai 2,268 orang daripada 655 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara di Kelantan setakat 8 pagi ini, berbanding 2,925 orang malam tadi. (Gambar AP) KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Johor dan Kedah terus menurun pagi ini, manakala di Perak dan Melaka tidak berubah. Di Kelantan, 2,268 orang daripada 655 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, berbanding 2,925 orang malam tadi. Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan jumlah itu membabitkan 2,199 mangsa (634 keluarga) di Tumpat yang berlindung di tiga PPS manakala 69 orang lagi di sebuah PPS di Pasir Mas. Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran pula merekodkan hanya Sungai Golok di Tumpat masih melepasi paras bahaya, dengan ketinggian 3.02m manakala Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Sokor di Tanah Merah melebihi paras waspada. Penurunan juga berlaku di Johor apabila 408 orang masih berada di 13 PPS sehingga 8 pagi ini berbanding 436 mangsa pada 8 malam semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani dalam kenyataan berkata PPS yang dibuka melibatkan 10 buah di Segamat bagi menempatkan 276 mangsa daripada 84 keluarga, dua PPS di Tangkak dengan 100 mangsa daripada 27 keluarga dan satu PPS di Batu Pahat dengan 32 mangsa daripada 10 keluarga. Keadaan cuaca di kebanyakan daerah di Johor pagi ini juga adalah cerah kecuali Mersing yang dilaporkan hujan. Di Kedah, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 610 orang daripada 172 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 784 orang daripada 223 keluarga, malam tadi. Beliau berkata di daerah Kota Setar, 574 orang daripada 162 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS iaitu di SK Sri Gunung, SK Simpang Tiga dan SK Alor Janggus. Di daerah Kubang Pasu pula, 36 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di sebuah PPS iaitu SMK Indera Putera. Sementara itu Sekretariat JPBN Perak dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini masih kekal 131 orang daripada 45 keluarga di empat PPS melibatkan daerah Kinta, Perak Tengah serta Manjung. Seramai 92 mangsa daripada 31 keluarga berlindung di dua PPS di Kinta, manakala 34 mangsa daripada 11 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di Perak Tengah serta lima mangsa daripada tiga keluarga berada di sebuah PPS di Manjung. Di Melaka, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir juga kekal 92 orang daripada 23 keluarga pada 8 pagi ini dengan 81 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Penghulu manakala 11 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS SK Seri Mendapat. News
Lunch is on us: Pahang backs SPM candidates with free meals until Feb 6 Posted on 02/01/2025 KUANTAN, Jan 2 — The Pahang state government has launched an initiative to sponsor lunch for all Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 candidates sitting for their written examinations with the exception of those residing in hostels, from today until February 6. Pahang Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail… Read More
Cops nab duo after 6km high-speed chase Posted on 19/01/2025 The two suspects were arrested after the chase ended due to traffic congestion. (PDRM pic) JOHOR BAHRU: Johor police arrested two men after a 6km high-speed car chase from Jalan Harmonium to the Ulu Tiram exit near here, last night. Johor Bahru Selatan police chief Raub Selamat said the incident… Read More
Bellingham, Mbappe on target as Real Madrid beat Getafe 2-0 to go second Posted on 02/12/2024 Real Madrid’s Jude Bellingham celebrates after scoring the opening goal against Getafe at the Santiago Bernabeu stadium. (AP pic) MADRID: Jude Bellingham converted a penalty and Kylian Mbappe added another goal before halftime to spur Real Madrid to a 2-0 victory over Getafe at the Santiago Bernabeu on Sunday as… Read More