Juruwang warga China maut ditikam di restoran Posted on 30/11/2024 Menurut Ketua Polis Cheras Aidil Bolhassan, polis setakat ini telah menahan tujuh suspek terdiri rakan sekerja mangsa untuk membantu siasatan. PETALING JAYA: Seorang juruwang warga China dilaporkan mati ditikam di restoran tempatnya bekerja, dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Cheras, semalam. Kejadian membabitkan mangsa wanita berusia 49 tahun itu dipercayai berlaku antara 3 hingga 4 petang. Ketua Polis Cheras, Aidil Bolhassan, berkata pihaknya setakat ini telah menahan tujuh suspek terdiri rakan sekerja mangsa untuk membantu siasatan. “Mangsa dipercayai ditikam beberapa kali pada bahagian badan dengan pisau dan pemeriksaan awal menemukan antara empat hingga lima kesan tikaman pada tubuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan lanjut di lokasi kejadian tidak menemukan senjata tajam yang digunakan untuk menikam mangsa. “Kita juga masih menyiasat motif pembunuhan selain mengesan saksi-saksi yang dapat membantu siasatan polis. “Mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat,” katanya. News
Bersatu wujud sidang meja bulat Gagasan Pendamaian Nasional Posted on 30/11/2024 Muhyiddin Yassin turut menggesa pertubuhan Melayu dan Bumiputera menubuhkan satu badan tunggal yang memayungi semua NGO untuk memperjuangkan agenda Bumiputera. SHAH ALAM: Bersatu akan mengadakan sidang meja bulat yang dinamakan Gagasan Pendamaian Nasional dalam usaha ‘memperbetulkan kembali keadaan negara’, menurut Presidennya Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, sidang itu akan memfokuskan isu… Read More
Kerajaan ambil pendekatan pragmatik bangun pelan ekonomi, kata Rafizi Posted on 07/11/2024 Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kedudukan fiskal negara akan diperkukuh melalui peningkatan hasil dan penyasaran semula subsidi serta rasionalisasi perbelanjaan. KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Katanya, tiga perkara asas tersebut adalah mengukuhkan fiskal,… Read More
9 diambil keterangan berhubung kematian pelatih Palapes Posted on 28/11/2024 Ketua Polis Selangor Hussein Omar berkata, ketika kejadian, pelatih itu sedang menjalani ujian kecergasan sebelum mengikuti latihan asas Palapes tahun depan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan daripada sembilan orang saksi termasuk pengadu dalam siasatan berhubung kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) setakat ini. Ketua Polis Selangor… Read More