Kanak-kanak dibawa masuk dari Singapura diselamatkan di Kuantan Posted on 27/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar mengumumkan kejayaan polis selamatkan seorang kanak-kanak yang dipercayai dilarikan, hasil risikan dan maklumat orang awam. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak warga China dipercayai dilarikan oleh individu yang tidak dikenalpasti telah diselamatkan polis di Kuantan, Pahang dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas laporan dibuat. “Kejayaan operasi ini hasil dari risikan polis dan juga maklumat dari orang awam,” menurut Ketua Polis Johor M Kumar dalam kenyataan. Katanya, kanak-kanak perempuan berumur dalam lingkungan 15 tahun itu dilaporkan tidak hadir ke sekolah di Singapura pada 25 Nov, sebelum dilaporkan hilang oleh bapanya. Semakan awal mendapati kanak-kanak itu dibawa masuk ke Malaysia melalui pintu masuk Woodlands pada 24 Nov. Seorang suspek, iaitu lelaki warga China berumur 22 tahun, ditangkap di lokasi kanak-kanak itu diselamatkan. “Mangsa akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” menurut kenyataan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak, Seksyen 48(2) Akta Kanak-kanak, dan Seksyen 361 Kanun Keseksaan. Majistret membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tujuh hari, mulai hari ini sehingga 2 Dis. “Motif kejadian masih disiasat,” menurut Kumar, yang meminta orang ramai tidak buat sebarang spekulasi atau komen yang boleh ganggu siasatan. News
MRL clarifies not all flooding linked to ECRL project, commits to mitigation measures Posted on 29/11/2024 KOTA BARU, Nov 29 — Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) has stressed that not all areas affected by flooding along the East Coast Rail Link (ECRL) project alignment are due to the development. In a statement today, MRL confirmed its commitment to ensuring that the project does not disrupt… Read More
Pesara rugi RM260,000 angkara ‘phone scam’ Posted on 23/11/2024 Polis mengingatkan masyarakat sentiasa peka dengan trend penipuan dalam talian berikutan modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih dengan perkembangan teknologi. KUANTAN: Seorang pesara kerugian RM260,950 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan polis. Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata wanita… Read More
FT Minister Dr Zaliha denies issuing statement on Najib’s house arrest Posted on 06/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 6 — Minister in the Prime Minister’s Department (Federal Territories) Dr Zaliha Mustafa denied issuing any media statement regarding an addendum purportedly issued by the 16th Yang di-Pertuan Agong on former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s pardon. Through her official social media platform today, she said… Read More