Kartel tipu tuntutan Perkeso: 5 pegawai KKM dipindah hospital Posted on 20/11/2024 Sebelum ini SPRM menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel dikatakan memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso di negeri itu. PETALING JAYA: Lima pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) terbabit kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dipindahkan ke hospital lain sementara menunggu hasil siasatan dan pertuduhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata mereka telah kembali bertugas berikutan tempoh tahan kerja berakhir pada 16 Okt lalu. Katanya, tindakan tahan kerja selama 30 hari dikenakan terhadap lima pegawai tersebut bawah peruntukan Peraturan 43, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuatkuasa 17 Sep lalu, bagi memudah cara urusan siasatan. “Skop fungsi dan pengoperasian jabatan ortopedik di hospital tersebut diteruskan seperti biasa bagi menyampaikan perkhidmatan kepakaran ortopedik kepada pesakit dengan dibantu oleh pegawai dari hospital berhampiran,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat. Dzulkefly menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang mahukan maklumat terkini status pegawai terbabit serta sistem pengurusan pada masa ini. Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pihaknya menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel dikatakan memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso di negeri itu. Katanya, mereka yang ditahan ialah dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta. Semua 32 individu terdiri 19 pencarum Perkeso, lapan ejen, pegawai perubatan dan dua ‘runner’ itu ditahan dalam siri serbuan oleh SPRM. Julai lalu, media melaporkan Ahli Dewan Negara Dr RA Lingeshwaran menggesa Kementerian Sumber Manusia menjelaskan dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya Perkeso digantung, dikaitkan dengan kartel memalsukan permohonan sedemikian. Beliau dilapor memaklumkan Dewan Negara bahawa mereka digantung sehingga diberitahu kelak selepas Perkeso mendapat tahu mengenai kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang. Lingeshwaran yang juga bekas pengarah Hospital Sungai Bakap berkata, beliau difahamkan kartel sedang melobi supaya doktor digantung perkhidmatan itu kembali bertugas di hospital sama. Beliau turut memberitahu Dewan terdapat 683 pengeluaran palsu dari 2018 hingga 2022 membabitkan kira-kira RM43 juta dengan 16 daripadanya melibatkan seorang doktor tertentu yang perkhidmatannya ditamatkan selepas aktivitinya terbongkar. News
Roger Ng masih dalam tahanan, perlu lebih banyak bukti daripadanya, kata KPN Posted on 10/12/2024 Bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh sebuah mahkamah New York selepas juri mendapati dia bersalah atas tuduhan rasuah pada Mac 2023. (Gambar AP) KUALA LUMPUR: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng masih dalam tahanan polis kerana lebih banyak maklumat diperlukan daripadanya. Ketua… Read More
Cops probe social media accounts for false info about dumping of strays Posted on 11/11/2024 The Manjung Municipal Council filed a police report over allegations in social media videos of dead stray dogs being dumped in a pit. (X pics) IPOH: A social media allegation about an animal carcass disposal site in Manjung, Lumut, is false, police said today. A 16-second video posted on TikTok… Read More
Ex-bank officer wins extra RM300,000 damages over frozen accounts Posted on 29/11/2024 The Court of Appeal increased the general damages to be paid to former bank officer Lim Hui Jin from RM200,000 to RM500,000, saying it is a ‘just and reasonable’ amount. PUTRAJAYA: The Court of Appeal has awarded an additional RM300,000 in general damages to a former bank officer for tort… Read More