Kekurangan bahan api paksa kenderaan kecemasan Gaza henti operasi Posted on 20/11/2024 Pertahanan Awam Gaza mengisytiharkan pemberhentian operasi bagi kebanyakan kenderaan pertahanan awam di wilayah Gaza kerana bahan api tidak mencukupi. (Gambar AP) BANDARAYA GAZA: Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan semakin teruk di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA). “Kami mengisytiharkan pemberhentian operasi bagi kebanyakan kenderaan pertahanan awam di wilayah Gaza kerana bahan api tidak mencukupi. Ketika ini, kami beroperasi dengan hanya sebuah lori tangki air dan sebuah kenderaan penyelamat,” kata agensi itu dalam kenyataan. Pertahanan Awam Gaza menekankan kru kecemasan tidak dapat menjawab banyak panggilan penduduk mahupun sampai ke lokasi serangan Israel sejak pertengahan November. “Ini menandakan malapetaka kemanusiaan yang bakal berlaku, menambah penderitaan rakyat kita di Gaza ketika pencerobohan Israel berterusan,” kata pasukan itu. Ia turut memberi amaran krisis kekurangan bahan api, ditambah pemindahan paksa ribuan penduduk dari utara Gaza sangat menjejaskan keupayaan mereka menangani keperluan kemanusiaan kian meningkat di seluruh wilayah itu. Sejak 5 Okt lalu, Israel melancarkan serangan darat di utara Gaza atas alasan untuk menghalang kumpulan pejuang Hamas daripada berkumpul semula. Rakyat Palestin bagaimanapun menuduh Israel berusaha menduduki kawasan itu dan mengusir penduduknya secara paksa. Israel terus menyekat penghantaran bahan api ke wilayah terkepung itu, hanya menyediakan jumlah minimum yang gagal memenuhi keperluan krisis kemanusiaan. News
UPNM bullying cases: Punishments for cadets to be announced in two weeks, expulsion and fines on the table, says defence minister Posted on 16/11/2024 KOTA TINGGI, Nov 16 — The decision on the punishment against five cadets from the Military Training Academy (ALK) of the Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) involved in two bullying cases last month will be announced within two weeks. Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the punishments, which… Read More
Landslide at Jalan Besar, Tanah Rata-Ringlet: Affected route in Cameron Highlands reopened to vehicles (VIDEO) Posted on 14/11/2024 KUANTAN, Nov 13 — The route on Jalan Besar, Tanah Rata-Ringlet at Kilometre (KM) 54, which was affected by a landslide as well as fallen trees at 4pm today, has been cleared and opened to all types of vehicles. Cameron Highlands district police chief Supt Azri Ramli said the incident… Read More
Khoo Poay Tiong named Melaka DAP chairman for 2024-2027 term Posted on 25/11/2024 MELAKA — Kota Melaka MP Khoo Poay Tiong has been appointed Melaka DAP chairman for the 2024-2027 term. Kesidang assemblyman Allex Seah Shoo Chin, who was appointed state DAP secretary for the same term, said that the 15 state committee members who won unopposed met this afternoon to decide the… Read More