Kenderaan ‘tak selamat’ dilulus Puspakom alami masalah ‘wiper’ Posted on 02/01/2025 Ketua Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman memberi jaminan bahawa kakitangan yang didapati terlibat dengan sebarang kesalahan termasuk rasuah tidak akan terlepas daripada tindakan tegas. PETALING JAYA: Kenderaan didakwa tidak selamat yang diluluskan kakitangan Puspakom Wangsa Maju mengalami masalah ‘wiper’, menurut ketua eksekutifnya. Mahmood Razak Bahman berkata, sehingga kini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memanggil empat kakitangan Puspakom Wangsa Maju pada 31 Dis dan hari ini untuk membantu siasatan. “Segala maklumat telah diberi pegawai (terlibat) kepada pihak berkuasa (JPJ), melibatkan satu masalah iaitu ‘wiper,” katanya pada sidang media di Puspakom Shah Alam. Menurut Mahmood, kenderaan yang terlibat, iaitu sebuah lori, tidak lulus pemeriksaan kali pertama, namun melepasi pemeriksaan ‘wiper’ pada kali kedua, walaupun mengalami masalah sistem brek, yang kemudiannya lulus pada pemeriksaan kali ketiga. “Namun ada satu kesilapan dilakukan (kakitangan Puspakom), iaitu tidak melihat ‘wiper’ itu secara fizikal, yang sebenarnya reput,” katanya. Mengulas lanjut, Mahmood berkata, beliau berpuas hati dengan keterangan dua kakitangannya yang disiasat JPJ, namun harus menunggu laporan siasatan JPJ sebelum pihaknya dapat mengambil tindakan wajar. “Pada 31 Dis (lepas), saya jumpa dua kakitangan yang dipanggil JPJ, dan saya berpuas hati dengan kerja yang mereka sebenarnya lakukan,” katanya menambah, kedua-dua kakitangan itu mempunyai rekod kerja yang baik. “Jadi kita tunggu laporan penuh daripada JPJ agar kita dapat mengambil tindakan sewajarnya.” Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa kakitangan yang didapati terlibat dengan sebarang bentuk kesalahan termasuk rasuah tidak akan terlepas daripada tindakan tegas. Dilaporkan pada Isnin bahawa JPJ melaksanakan operasi mengejut di semua cawangan Puspakom di seluruh negara secara serentak, membabitkan 350 pegawai dan anggota, bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa mematuhi piawaian ditetapkan. Dalam tempoh dua jam, JPJ melakukan pemeriksaan terhadap 115 lori dan mengeluarkan 69 notis saman serta 29 kenderaan diambil tindakan. Susulan itu, JPJ memanggil beberapa kakitangan Puspakom disyaki meluluskan kenderaan tidak selamat untuk memberi keterangan semalam. Mengulas isu nahas mengorbankan tujuh individu di Ayer Keroh 22 Dis lepas berpunca daripada tayar sebuah lori tercabut berada di tengah lebuh raya, Mahmood berkata, laporan siasatan Puspakom telah diserahkan kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) untuk tindakan susulan. “Laporan hanya merangkumi pemeriksaan kenderaan tersebut dan tayar yang tertanggal itu tidak diperiksa kerana Puspakom tidak menerima tayar tersebut,” katanya. News
JKR reports 10 landslides on Kelantan roads from worsening floods Posted on 01/12/2024 KOTA BARU, Dec 1 — The Kelantan Public Works Department (JKR) has detected ten landslides on federal roads caused by the recent floods since last week. Director, Nik Soh Yaacoub, said the affected roads are located across five districts: Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, and Machang. “In Gua… Read More
Muhyiddin says party must do more to grow grassroots support Posted on 01/12/2024 SHAH ALAM, Dec 1 — Parti Pribumi Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin today said party’s inadequate machinery was at fault for its recent by-election losses. He said the party did not have a presence in every polling district, making it more difficult to campaign. “When the leaders above give… Read More
2024 in review: Fires, boat capsizes and helicopters’ mid-air collision among Sarawak’s deadliest incidents Posted on 16/12/2024 KUCHING, Dec 16 — Many Sarawakians were deeply shaken by a number of devastating tragedies that struck throughout the year. One of them was the loss of Joanna Felicia Rohna, 24, in a fatal mid-air collision involving two helicopters over the Royal Malaysian Navy (TLDM) base in Lumut, Perak, on… Read More