Kerajaan ambil pendekatan pragmatik bangun pelan ekonomi, kata Rafizi Posted on 07/11/2024 Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kedudukan fiskal negara akan diperkukuh melalui peningkatan hasil dan penyasaran semula subsidi serta rasionalisasi perbelanjaan. KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Katanya, tiga perkara asas tersebut adalah mengukuhkan fiskal, mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu dan melaksanakan reformasi struktur ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi. Menurut Rafizi, rancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Madani setakat ini merangkumi keperluan jangka masa terdekat, perancangan sederhana dan masa panjang yang disesuaikan mengikut perancangan ekonomi makro. Beliau berkata, kedudukan fiskal negara akan diperkukuh melalui peningkatan hasil dan penyasaran semula subsidi serta rasionalisasi perbelanjaan untuk mewujudkan perbelanjaan awam yang bertanggungjawab. “Kerangka ekonomi Madani, contohnya, meletakkan wawasan ekonomi dalam masa sederhana, iaitu 10 tahun … Ini pemantauan dan penyelarasan yang lebih cepat supaya sebarang kelemahan dapat diatasi segera,” katanya. “Jika selepas lima tahun, kita rasa ini (perancangan ekonomi) tidak berlaku, kita anjak lagi ke depan.. Kemudian kita juga mempunyai kerangka ekonomi bersifat sektoral yang berperanan memperkuat asas ekonomi untuk memenuhi kehendak kedua dan kehendak ketiga.” Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini. Rafizi memberi contoh Pelan Hala Tuju Peralihan Negara (NETR) bersifat serampang dua mata, yang mana selain membina industri baharu berasaskan peralihan tenaga bernilai tinggi, ia juga memastikan kemampanan dan keterjaminan tenaga untuk pertumbuhan negara sehingga 2050. “Ini bertujuan mengelakkan kita bergantung kepada import tenaga pada masa akan datang. Begitu juga dengan Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP) selain memastikan ada sektor baharu bernilai tinggi yang berkembang, ia juga untuk memastikan ekonomi kita beralih ke rantaian penciptaan nilai yang lebih tinggi. “Tetapi aspirasi ekonomi yang digariskan dalam rancangan-rancangan ekonomi ini tidak akan berjaya jika beberapa reformasi mendesak tidak dilaksanakan,” katanya. Sementara itu, mengenai penyasaran semula subsidi RON95, beliau berkata, kerajaan mengambil masa hampir dua tahun untuk membuat keputusan tersebut dengan keutamaan diberikan untuk melindungi rakyat agar tidak terkesan daripada sebarang kenaikan kos secara langsung atau tidak langsung. “Pada ketika ini, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sedang dalam fasa memperhalus kriteria penyasaran subsidi RON95 sebelum membentangkan keputusan akhir pada jemaah menteri. “Pengelasan mereka yang layak atau tidak layak menerima subsidi RON95 adalah berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah dan hasrat kerajaan adalah sehingga 85% daripada isi rumah mengikut kaedah ini akan menerima subsidi kerana ia lebih adil dan saksama,” katanya. News
Former Man Utd striker Forlan swings and misses in tennis debut Posted on 14/11/2024 Uruguay’s Diego Forlan returns the ball to Boris Arias and Federico Zeballos in a men’s doubles match at the Uruguay Open in Montevideo. (AP pic) MONTEVIDEO: Former Uruguay striker Diego Forlan swung and missed on court with Argentina’s Federico Cori as his tennis doubles debut ended in defeat, losing 6-1,… Read More
Anger, pain in Turkey as ‘newborn deaths gang’ trial opens Posted on 19/11/2024 Activists chant slogans during a protest outside the courthouse in Istanbul where dozens of Turkish healthcare workers including doctors and nurses go on trial for fraud and causing the deaths of 10 infants. (AP pic) ISTANBUL: Dozens of suspects went on trial in Istanbul Monday over the deaths of at… Read More
PBB division moots no-contest for top 5 posts in party polls Posted on 24/11/2024 Members of a PBB division have called for the top five posts in the party to be uncontested at the party elections. (Facebook pic) PETALING JAYA: The top five posts in Parti Pesaka Bumiputera Bersatu should not be contested at the forthcoming party elections, members of a PBB division resolved… Read More