Kerajaan belanja lebih RM800 juta naik taraf lebih 11,000 tandas awam Posted on 15/11/2024 Kebersihan tandas awam adalah antara penanda aras yang amat penting sekali untuk diangkat bersama, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. (Gambar Freepik) PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan lebih RM800 juta dalam tempoh kurang dua tahun untuk menaik taraf 11,397 tandas awam di seluruh negara, jumlah tertinggi dibelanjakan dalam sejarah bagi sektor kebersihan tandas awam. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, kos yang dibelanjakan dalam usaha memajukan inisiatif ‘Tandas Awam BMW’ (Bersih, Menawan dan Wangi) ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kemudahan awam berkualiti dan selesa. “Kebersihan ialah kewajipan kita semua, khususnya apabila negara akan mempengerusikan Asean (2025) serta (berlangsungnya) Tahun Melawat Malaysia (2026). “Kebersihan tandas awam adalah antara penanda aras yang amat penting sekali untuk kita angkat bersama,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Anugerah ‘Toilet of the Year’ 2024 di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Nga turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM4 juta bagi projek rintis pembangunan tandas pintar di beberapa lokasi pelancongan utama. Katanya, peruntukan tambahan itu akan disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Perbadanan Putrajaya. “Ini menunjukkan tahun depan kita akan memperhebat lagi (usaha) supaya semua tandas awam di negara kita mencapai penanda aras ‘Tandas Awam BMW’,” katanya. Menurut Nga, Anugerah ‘Toilet of the Year’ yang memasuki tahun kedua ini menyaksikan penyertaan meningkat 85%, dengan 657 penyertaan merangkumi tujuh kategori, berbanding lima kategori tahun lepas. Justeru, katanya, untuk menggalakkan lagi penglibatan menyeluruh dalam usaha menjaga kebersihan tandas awam, Jemaah Menteri akan mengiktiraf anugerah tersebut sebagai acara tahunan. Antara pemenang pelbagai kategori Anugerah ‘Toilet of the Year’ yang diumumkan pada majlis malam ini termasuk Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur; Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang; R&R Machap Arah Utara, Lebuh Raya PLUS, Kluang, Johor; dan BHPetrol Ladang Bikam Arah Utara, Sungkai, Perak; Selain itu, Andaman Seafood Village, Kuala Lumpur; Tandas Awam MITC Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka; dan SMK Merbau, Miri Sarawak turut diiktiraf sebagai pemenang. News
Perjanjian gencatan senjata Hizbullah, Israel hampir dimeterai Posted on 26/11/2024 Ahli Parlimen Lubnan Qassem Hashem berkata suasana kini positif dan perbincangan gencatan senjata mencapai tahap seterusnya. (Gambar AFP) BEIRUT: Perjanjian gencatan senjata antara Hizbullah dan Israel hampir selesai dan mungkin diumumkan dalam tempoh 36 jam jika rundingan berjalan lancar, lapor Agensi Anadolu. “Suasana kini positif dan perbincangan gencatan senjata mencapai… Read More
Oil prices rise on US demand surge, weaker dollar, Mideast ceasefire Posted on 27/11/2024 The international oil benchmark of Brent crude rose 0.43% to US$72.49 per barrel. (Bloomberg pic) ANKARA: Oil prices increased today with a demand surge in the US, the world’s biggest crude consumer, and weakened US dollar index, while a ceasefire deal in the Middle East dampened supply woes among market… Read More
A.S. Memilih: Anwar ucap tahniah buat Trump, bakal bawa lembaran baharu kerjasama Posted on 06/11/2024 Anwar turut meluahkan harapan agar AS dapat menggunakan pengaruh mereka untuk menamatkan konflik dan pertumpahan darah di Palestin dan Ukraine. Read More