Kerajaan kekal beri bantuan terus kepada mangsa banjir Posted on 04/12/2024 Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, kerajaan berpegang kepada konsep ‘buta warna’ dalam pemberian bantuan kepada mangsa banjir. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata, bantuan diberikan secara sama rata oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan agensi lain. “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) turut memberi bantuan,” katanya dalam Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini. “InsyaAllah, dengan keberadaan mereka di tempat banjir terutama pusat pemindahan sementara (PPS) cukup meredakan perasaan amarah (mangsa banjir) jika melihat tidak ada wakil rakyat yang turun.” Terdahulu, Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim pada sidang media di Parlimen menggesa kerajaan mempertimbang peruntukan segera sebanyak RM1 juta kepada wakil pembangkang di kawasan Parlimen yang terjejas banjir untuk disalurkan kepada mangsa. Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula memohon kerajaan agar membenarkan bantuan kewangan disalurkan terus kepada wakil rakyat di kawasan terjejas banjir bagi mengelakkan ia lambat diterima oleh mangsa. “Kita minta Adun dan Ahli Parlimen turun membantu mereka dengan kaedah yang mereka sendiri tahu kerana mereka harus menyantuni pengundi masing-masing,” kata Zahid. Sementara itu, semasa temu bual bertajuk ‘Dua Tahun Madani Bersama Zahid Hamidi’ itu, beliau berkata, kerajaan berpegang kepada konsep ‘buta warna’ dalam pemberian bantuan kepada mangsa banjir. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri harus bekerjasama dalam hal itu demi kebajikan semua rakyat yang terjejas, tambahnya. “Kita boleh berbeza pendapat tetapi saya harap perkara ini difahami oleh semua supaya kepentingan rakyat diberikan keutamaan,” katanya sambil menambah, semua negeri tanpa mengira parti memerintah harus seiring dengan kerajaan Madani. Zahid juga berkata, kerajaan ketika ini berada pada tahap persediaan tertinggi bagi mendepani gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku dari 8 hingga 14 Dis akibat luruan monsun. Katanya, ini termasuk mengenal pasti sejumlah 8,481 PPS yang boleh memuatkan lebih 2.1 juta mangsa banjir pada satu-satu masa selain penglibatan 82,000 petugas pelbagai agensi dalam penyelarasan bantuan. “Kita tidak mengharapkan sesuatu yang buruk tetapi lebih baik daripada sudah terhantuk baru terngadah,” katanya. News
A.S. Memilih: Anwar ucap tahniah buat Trump, bakal bawa lembaran baharu kerjasama Posted on 06/11/2024 Anwar turut meluahkan harapan agar AS dapat menggunakan pengaruh mereka untuk menamatkan konflik dan pertumpahan darah di Palestin dan Ukraine. Read More
Selangor to raise assessment rates by 25% from next year Posted on 09/12/2024 Selangor local government and tourism committee chairman Ng Suee Lim said some local councils have not adjusted their assessment rates for more than 30 years. (Wikipedia pic) PETALING JAYA: The Selangor government has approved a 25% increase in the assessment tax rate for local authorities from Jan 1. Local government… Read More
Zahid: Mara offers flood victims payment relief, but no requests received yet Posted on 06/01/2025 BANGI, Jan 5 — The Ministry of Rural and Regional Development (KKDW), through its agency, Majlis Amanah Rakyat (MARA) will extend support to flood-affected borrowers and tenants of MARA premises, including by rescheduling their loan payments. Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said that, however, so far,… Read More