Kerajaan sasar REE diproses dalam negara menjelang 2027, kata Rafizi Posted on 17/11/2024 Rafizi Ramli berkata, jika unsur nadir bumi (REE) dapat diproses ia memudahkan negeri kawal selia dan melesenkan perlombongan. (Gambar Bernama) KOTA BHARU: Kerajaan menyasarkan unsur nadir bumi (REE) akan dapat diproses dalam tempoh tiga tahun lagi, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Beliau berkata, ini berikutan teknologi memproses REE hanya terdapat di China dan perbincangan lanjut berhubung perkara itu sedang dilaksanakan. Ahli Parlimen Pandan itu, berkata perkara ini menjadi agenda perbincangan diantara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Li Qiang. “Oleh itu kita tunggu hasil perbincangannya dan perancangan kami agar dalam tempoh dua hingga tiga tahun daripada sekarang, kita harus berjaya pastikan REE dapat diproses dalam negara. “Sekiranya ia dapat diproses, ia memudahkan negeri untuk mengawal selia dan melesenkan perlombongan mereka untuk pembangunan REE,” katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13, (RMK-13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim. Rafizi berkata, kerajaan juga berbincang untuk mendapatkan teknologi memproses REE dan ia tidak boleh mengambil masa yang lama kerana ia akan memberi tekanan kepada kerajaan negeri. News
Loke urges vehicle owners to heed JPJ recall notices, highlights safety risks Posted on 04/12/2024 JELEBU, Dec 3 — Vehicle owners must be more attentive to announcements regarding recall for inspection by the Road Transport Department (JPJ), said Transport Minister Anthony Loke. He said that although it is not an offence if they fail to comply with such announcements, it is to avoid risks to… Read More
Why Myanmar’s travel-shy leader could be difficult to arrest Posted on 28/11/2024 Myanmar’s military junta chief Min Aung Hlaing arrives to deliver a speech on armed forces’ day in Naypyidaw, in this file photo. (AFP pic) THE HAGUE: The prosecutor of the International Criminal Court (ICC) is seeking an arrest warrant for Myanmar’s leader and military chief Min Aung Hlaing for crimes… Read More
Rescued GISBH children: 28.6pc stunted, while 89 of them found to be suffering from anxiety Posted on 19/11/2024 SHAH ALAM, Nov 19 — The health screening results of the 266 children rescued from GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) in Selangor found that 26.8 per cent are stunted, said Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. He said the intensive screening and examination carried out by the Selangor State Health… Read More