Kerajaan tangguh bentang akta pekerja gig Posted on 22/11/2024 Pada 28 Okt lalu Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata satu akta baharu berkaitan pekerja gig akan digubal dalam usaha melindungi kebajikan mereka. PUTRAJAYA: Kerajaan setuju menangguhkan pembentangan akta baharu berkaitan pekerja gig yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat selepas sesi perbahasan Belanjawan 2025. Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia Steven Sim dalam mesyuarat Jemaah Menteri. “Dalam mesyuarat hari ini, saya sahkan perkara ini dibincangkan dan memang menteri sumber manusia berhasrat untuk menangguhkan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri di Kementerian Komunikasi. Dalam pada itu, Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata penangguhan bagi memberi ruang dan peluang supaya lebih banyak proses libat urus dengan pelbagai pihak dapat dilaksanakan. “Tentang garis masa, boleh berhubung dengan Steven Sim,” katanya. Pada 28 Okt lalu Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata satu akta baharu berkaitan pekerja gig akan digubal dalam usaha melindungi kebajikan mereka. Zahid berkata, pembentangan RUU itu akan dibuat Kementerian Sumber Manusia pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung usai sesi perbahasan Belanjawan 2025. News
Pengimport telur gagal saman fitnah Azmin Posted on 15/11/2024 Azmin Ali disaman berhubung dakwaannya bahawa sebuah syarikat telah memperoleh kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan untuk mengimport telur dari India. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi telah menolak saman fitnah difailkan pengimport telur tempatan terhadap bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Azmin Ali. Hakim Leong Wai Hong berkata J&E Advance Tech… Read More
Putin praises Trump, says he’s ready for dialogue Posted on 08/11/2024 Russian president Vladimir Putin speaks at a meeting with foreign policy experts at the Valdai Discussion Club in the Black Sea resort of Sochi. (AP pic) SOCHI: President Vladimir Putin on Thursday congratulated Donald Trump on winning the US election, praised him for showing courage when a gunman tried to… Read More
Women’s minister: Money issues, prioritising career, lack of suitable candidates among reasons behind declining marriage rate Posted on 30/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 30 — Career priorities, financial constraints and difficulty finding suitable partners are among the reasons many individuals choose to postpone marriage and remain single. Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri said findings from the Fifth Malaysian Population and Family Survey revealed that 86.8… Read More