Kerani kedai emas untung RM12,100 sebelum rugi RM2.65 juta Posted on 01/12/2024 Ketua Polis Johor, M Kumar menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya tawaran pelaburan dalam talian dan media sosial yang menjanjikan pulangan tinggi. PETALING JAYA: Seorang kerani kedai emas kerugian RM2.65 juta akibat terpedaya pelaburan atas talian yang menjanjikan pulangan sehingga 9%. Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata wanita 49 tahun itu mula terpedaya selepas diberikan pulangan RM12,100 hasil pelaburan RM100,000. Katanya, mangsa berbuat demikian sebagai langkah percubaan dan sindiket licik menjerat mangsa untuk terus menambah pelaburan mereka. “Pulangan diterima menyebabkan mangsa rasa yakin pelaburan tersebut betul dan boleh menjana keuntungan. “Antara Oktober dan November lalu, mangsa mengikuti arahan suspek memasukkan wang berjumlah RM2,656,600 dari akaun bank miliknya dan pasangan ke beberapa akaun berlainan,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, mangsa tidak menerima sebarang pulangan atas pelaburan itu, sebaliknya diarah membuat pembayaran lain untuk mendapatkan wang keuntungan dan wang pokok dikembalikan. “Mangsa syak ditipu dan membuat laporan di Batu Pahat,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas polis menerima menerima laporan semalam. Beliau mengingatkan orang ramai lebih waspada dan tidak mudah terpedaya tawaran pelaburan dalam talian dan media sosial yang menjanjikan keuntungan mudah pada kadar tinggi. News
German club St Pauli quits X over alleged hate speech Posted on 15/11/2024 Hamburg-based St Pauli are known for having an alternative fan scene and left-wing supporter base. (EPA Images pic) BERLIN: German Bundesliga club St Pauli said today it was withdrawing from X because the social media platform had become an ‘amplifier of hate’ that could influence German politics. Announcing its reasons… Read More
PDC rejected RM818mil Batu Kawan Industrial Park bid, says source Posted on 26/11/2024 The earlier sale of the plot of industrial land in Batu Kawan became controversial following claims it was acquired below the market rate. (Facebook pic) PETALING JAYA: The Penang Development Corporation has rejected a RM818 million bid by a tripartite consortium led by IJM Berhad to develop the Batu Kawan… Read More
Japan on cusp of World Cup as Son scores in Palestine draw Posted on 20/11/2024 Headers from Japan’s Koki Ogawa and Ko Itakura put them two goals ahead at half-time against China at Xiamen Egret stadium. (AFC pic) HONG KONG: Japan are on the brink of qualifying for the World Cup after a 3-1 win at China on Tuesday, while Son Heung-min scored again as South… Read More