Kertas siasatan pensyarah hina nabi dirujuk AGC Selasa ini Posted on 30/11/2024 Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata lima individu juga sudah dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan berkait kes tersebut. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad ketika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini. Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis juga menerima sembilan laporan berhubung kes tersebut, setakat ini. “Lima individu dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan. Kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada AGC Selasa ini,” katanya ketika dihubungi. Pensyarah itu, yang ditemani peguamnya juga telah menjawab 23 soalan ketika sesi rakaman keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pada 25 Nov. Pada 21 Nov, polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di laman Facebook yang mendakwa pensyarah itu menghina Nabi Muhammad semasa berceramah dalam satu konvensyen. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian atas alasan agama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998. News
Gerson stunner gives Brazil 1-1 draw with Uruguay in World Cup qualifier Posted on 20/11/2024 Uruguay’s Jose Gimenez commits a foul on Brazil’s Vinicius Junior during the match at Arena Fonte Nova in Salvador. (AP pic) SALVADOR: Brazil drew 1-1 with Uruguay in South American qualifiers for the 2026 World Cup on Tuesday after Gerson’s brilliant strike cancelled out Federico Valverde’s opener for the visitors…. Read More
Fahmi: MCMC can ensure U Mobile 5G contract won’t unbalance telco ‘ecosystem’ Posted on 08/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 8 — The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) can set conditions to prevent an imbalance in the ecosystem as the nation develops its second 5G network, Communications Minister Fahmi Fadzil said. This statement follows telecommunications provider U Mobile’s announcement of its readiness to collaborate with strategic partners… Read More
Peket makanan ringan disyaki campuran dadah RM6.2 juta dirampas Posted on 12/11/2024 Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata lelaki berusia 37 tahun itu disyaki terima bekalan dadah dari beberapa negara luar menerusi kurier. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Sejumlah 689 peket makanan ringan disyaki mengandungi campuran ganja, bunga ganja, cendawan, dan cecair rokok elektronik dianggar RM6.2 juta dirampas di sebuah kondominium di… Read More