Kes buli UPNM hanya meningkat tahun ini, kata Khaled Posted on 14/11/2024 By udot Menteri Pertahanan, Khaled Nordin berkata tindakan segera diambil termasuk menambah pegawai dan anggota lain-lain pangkat di UPNM untuk mencegah kejadian buli daripada berlaku. KUALA LUMPUR: Kes buli dalam kalangan pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hanya meningkat pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, kata Menteri Pertahanan, Khaled Nordin. Khaled berkata, kementerian juga mengambil beberapa langkah segera untuk memastikan kes buli tidak berulang lagi selepas ini. “Kalau tengok 2022, hanya ada satu kes, 2023 ada satu kes, yang penting adalah kita perlu memastikan agar perkara ini tidak berlaku lagi, tidak ada kadet senior yang bertindak menggunakan kekerasan, buli junior dan sebagainya. “Apa yang kita akan lakukan adalah, kita dedahkan (kepada pelajar) mengenai bentuk kesalahan, hukuman berat akan dikenakan, keseriusan kesalahan bersubahat atau mana-mana pihak yang menyembunyikan kesalahan yang berlaku,” katanya yang menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, Khaled tidak mendedahkan berapa jumlah kes buli yang dilaporkan berlaku di ALK UPNM pada tahun ini. Terdahulu, Onn bertanya adakah kementerian menyediakan program pemulihan sokongan dan psikologi di institusi pertahanan dan sejauh mana keberkesanannya. Mengenai kes buli yang berlaku ALK UPNM, Khaled berkata pihaknya sudah mempunyai keputusan mengenai tindakan terhadap individu yang terlibat dan hanya menunggu pengesahan daripada Majlis Angkatan Tentera. Katanya, pihaknya juga mengambil tindakan segera termasuk menambah pegawai daripada 31 kepada 48 orang dan anggota lain-lain pangkat dari 124 kepada 182 dalam usaha memastikan isu buli tidak berulang. Pada 8 Nov lalu, seorang pegawai kadet ALK UPNM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan seterika terhadap rakan sekelasnya, bulan lalu. Dalam satu lagi kejadian pada 10 Nov lalu, polis menerima satu laporan seorang pelajar Tahun 1 berumur 19 tahun di UPNM mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak seorang pelatih Tahun 3. News
Encorp Berhad CEO faces CBT charges of RM1.05m Posted on 14/11/2024 SHAH ALAM, Nov 14 — The chief executive officer (CEO) of Encorp Berhad, Hazurin Harun, 54, was charged in the Sessions Court today with two counts of criminal breach of trust (CBT) involving RM1.05 million last year. Hazurin pleaded not guilty after the charges were read to him before Judge… Read More
PAS spiritual leader says party must lead Perikatan, didn’t back Muhyiddin as PM Posted on 22/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 21 — PAS has not endorsed Tan Sri Muhyiddin Yassin to Perikatan Nasional’s (PN) prime minister candidate, said Datuk Hashim Jasin who insisted the Islamist party must now lead the coalition. The PAS spiritual leader said Parti Pribumi Bersatu Malaysia was in no position to make this… Read More
2 victims of job scam in Cambodia return home with help of Azalina Posted on 09/11/2024 Law and institutional reform minister Azalina Othman Said said the two were lucky as they would otherwise have been jailed for six months in Cambodia. (Bernama pic) PETALING JAYA: Two friends who became victims of an employment syndicate in Cambodia have returned home to Johor with the help of law… Read More