Kes buli UPNM hanya meningkat tahun ini, kata Khaled Posted on 14/11/2024 Menteri Pertahanan, Khaled Nordin berkata tindakan segera diambil termasuk menambah pegawai dan anggota lain-lain pangkat di UPNM untuk mencegah kejadian buli daripada berlaku. KUALA LUMPUR: Kes buli dalam kalangan pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hanya meningkat pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, kata Menteri Pertahanan, Khaled Nordin. Khaled berkata, kementerian juga mengambil beberapa langkah segera untuk memastikan kes buli tidak berulang lagi selepas ini. “Kalau tengok 2022, hanya ada satu kes, 2023 ada satu kes, yang penting adalah kita perlu memastikan agar perkara ini tidak berlaku lagi, tidak ada kadet senior yang bertindak menggunakan kekerasan, buli junior dan sebagainya. “Apa yang kita akan lakukan adalah, kita dedahkan (kepada pelajar) mengenai bentuk kesalahan, hukuman berat akan dikenakan, keseriusan kesalahan bersubahat atau mana-mana pihak yang menyembunyikan kesalahan yang berlaku,” katanya yang menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, Khaled tidak mendedahkan berapa jumlah kes buli yang dilaporkan berlaku di ALK UPNM pada tahun ini. Terdahulu, Onn bertanya adakah kementerian menyediakan program pemulihan sokongan dan psikologi di institusi pertahanan dan sejauh mana keberkesanannya. Mengenai kes buli yang berlaku ALK UPNM, Khaled berkata pihaknya sudah mempunyai keputusan mengenai tindakan terhadap individu yang terlibat dan hanya menunggu pengesahan daripada Majlis Angkatan Tentera. Katanya, pihaknya juga mengambil tindakan segera termasuk menambah pegawai daripada 31 kepada 48 orang dan anggota lain-lain pangkat dari 124 kepada 182 dalam usaha memastikan isu buli tidak berulang. Pada 8 Nov lalu, seorang pegawai kadet ALK UPNM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan seterika terhadap rakan sekelasnya, bulan lalu. Dalam satu lagi kejadian pada 10 Nov lalu, polis menerima satu laporan seorang pelajar Tahun 1 berumur 19 tahun di UPNM mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak seorang pelatih Tahun 3. News
Six men in masks make off with 3kg gold during Ipoh daylight robbery Posted on 26/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 26 — A jeweller was robbed of 3kg in gold by six masked men in a robbery outside his gold processing store in Ipoh, Perak, today. According to Sinar Harian, the incident along Jalan Bendahara occurred around 9:30am as the man was about to enter his vehicle,… Read More
Penang gets federal nod for six infrastructure projects worth RM199.14m Posted on 29/11/2024 GEORGE TOWN, Nov 28 — Putrajaya has approved six out of 93 infrastructure projects for federal funding that the Penang government had applied under the fifth rolling plan 2025 of the 12th Malaysian Plan. Penang Chief Minister Chow Kon Yeow told the state legislative assembly today that the state government… Read More
Police arrest Johor man for allegedly sodomising 4-year-old boy Posted on 08/12/2024 JOHOR BAHRU, Dec 8 — A 23-year-old man has been arrested on suspicion of sodomising a 4-year-old boy, police said. Malay daily Sinar Harian reported that the suspect, who is the son of the victim’s caregiver, was apprehended yesterday afternoon at Taman Perindustrian Tampoi Jaya. Johor Bahru Selatan District Police… Read More