Kod tatalaku: Platform media sosial diberi tempoh sebulan beri maklum balas Posted on 11/11/2024 Kebanyakan penyedia platform media sosial beri kerjasama yang baik dalam memberikan maklum balas berkenaan kod tatalaku, kata menteri. KUCHING: Penyedia platform media sosial diberi tempoh sebulan untuk memberikan maklum balas berkaitan kod tatalaku, sebelum mewajibkan mereka berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan pelesenan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata selepas perkara itu dimuktamadkan pada penghujung tahun ini, kod tatalaku itu akan diterbitkan dan semua penyedia platform media sosial yang mempunyai lebih daripada lapan juta pengguna di Malaysia diwajibkan berdaftar. “Tidak ada perbincangan dua hala mengenai perkara ini, jika mereka memenuhi syarat yang ditetapkan, mereka wajib daftar. “Kegagalan untuk mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan akan membawa akibat yang serius, termasuk kemungkinan dikenakan denda,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sukma. Beliau berkata setakat ini, kebanyakan penyedia platform media sosial memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan maklum balas berkenaan kod tatalaku terbabit. “Hanya ada satu dua platform yang beranggapan mereka lebih besar daripada negara yang berdaulat, namun kita perlu ingatkan mereka, mereka membuat duit di Malaysia, jadi mereka wajib mematuhi undang-undang negara kita,” katanya. Fahmi berkata kod tatalaku itu adalah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penyedia platform media sosial, contohnya mereka perlu responsif terhadap sebarang aduan yang diterima daripada pengguna dan sekiranya gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan. Pada masa sama berkata semua penyedia platform media sosial perlu menghormati pendirian kerajaan Malaysia dengan tidak menyekat sebarang kandungan pro-Palestin. “Dari segi sekatan saya lihat seperti ada antara dua darjat, kalau berkenaan dengan Palestin hampir semua dikekang, malah hantaran perdana menteri di Instagram pun boleh diturunkan atas sebab beliau hanya mengutuskan takziah atas kematian pemimpin Hamas. “Jadi kita sebagai negara merdeka, berdaulat dan mempunyai hubungan diplomatik dengan semua negara termasuk Palestin, pendirian kerajaan, perdana menteri wajib dihormati oleh platform-platform ini,” katanya. News
FashionValet: SPRM beku akaun persendirian, syarikat bernilai hampir RM1.1 juta Posted on 07/11/2024 Turut dilaporkan hari ini, SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dianggarkan bernilai RM200,000 dalam pemeriksaan di kediaman Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar. (Gambar Instagram) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang FashionValet bernilai kira-kira… Read More
DOSM: Sabah, Labuan, and Kelantan see lowest unemployment rates in Q3 2024 Posted on 09/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 8 — Unemployment rates across Malaysia showed striking differences, with Sabah leading at a high 7.9 per cent, Labuan trailing at 6.1 per cent, and Kelantan seeing the lowest at 3.7 per cent in Q3 2024. According to the statistics released by the Department of Statistics Malaysia… Read More
DBKL arah henti kerja projek perumahan susulan ‘letupan’ Posted on 09/11/2024 Keadaan struktur binaan yang retak membabitkan sebuah projek perumahan di Wangsa Maju. PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan kerja pembinaan di sebuah projek perumahan di Wangsa Maju dihentikan susulan insiden letupan melibatkan kegagalan struktur binaannya, kelmarin. Dalam kenyataan, DBKL memaklumkan tindakan itu susulan aduan diterima daripada penduduk PPR… Read More