Komen ‘komplot’ sembunyi titah adendum, pegawai Azalina lapor KJ Posted on 11/01/2025 Khairy Jamaluddin didakwa menggunakan perkataan ‘komplot’ yang dianggap keterlaluan ke atas Azalina Othman Said, seperti gambarkan menteri undang-undang secara tidak etika bersama sembunyi titah adendum. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin dibuat setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, kerana dakwaan ‘berkomplot’ menyembunyikan titah adendum. Suraya Yaacob menerusi laporan Sinar Harian, berkata apa diperkatakan bekas ketua Pemuda Umno itu tidak benar dan memburukkan imej Azalina sebagai anggota Jemaah Menteri. Perkara itu juga mengelirukan rakyat dan menimbulkan perasaan tidak senang serta menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara. Penggunaan perkataan “komplot” katanya, adalah keterlaluan kerana ia membawa maksud terlibat atau dikaitkan dengan perbuatan menyalahi undang-undang atau tidak beretika. “Perkataan berkenaan juga membayangkan bahawa Azalina secara sedar telah membantu, menyokong atau membenarkan perbuatan menyalahi undang-undang berlaku. “Tambahan lagi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dalam satu kenyataan pada Jumaat turut mengesahkan bahawa Azalina bukannya ahli lembaga pengampunan mahu pun terlibat dalam apa-apa urusan pentadbiran berkaitan pengampunan mana-mana banduan. “Titah adendum hanyalah khabar angin kerana pembuat dokumen tidak membuat sebarang kenyataan sehinggalah Istana Pahang mengeluarkan surat pengesahan pada 4 Januari 2025 lalu,” menurut laporan itu. Katanya, Khairy perlu disiasat kerana mempunyai niat jahat mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan menyebarkan maklumat palsu yang mengganggu ketenteraman awam dan mengikut Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia. Dilaporkan, Khairy menerusi audio siar ‘Keluar Sekejap’ pada Jumaat, mendakwa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan membenarkan Najib Razak menghabiskan hukuman pemenjaraan bawah tahanan rumah. News
Sektor kesihatan, pendidikan mungkin sasaran utama ‘ransomware’, kata pakar siber Posted on 19/12/2024 Serangan “Ransomware” berlaku apabila seorang penggodam mengunci fail seseorang dan menuntut wang untuknya mengembalikan fail itu. KUALA LUMPUR: Sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan dijangka menjadi sasaran utama serangan perisian tebusan atau “ransomware” tahun depan, menurut penyedia penyelesaian keselamatan siber, Sophos Ltd. Menerusi nota unjuran teknologi 2025 pada Rabu, Sophos menjelaskan… Read More
Crocodile longer than car seen prowling in Kelantan paddy fields (VIDEO) Posted on 15/12/2024 KOTA BARU, Dec 15 — An almost three-metre-long crocodile was spotted in a paddy field in Kampung Nechang, Tumpat, yesterday afternoon, following recent flooding in the area. The appearance of the wayward crocodile startled local residents as the paddy field is a popular fishing spot, and this is the first… Read More
Association slams Terengganu exco man over jibe at Pahang fishermen Posted on 06/12/2024 The Kuantan Fishermen Association said fishermen from both Pahang and Terengganu would fish in the waters of both states, and others. (Bernama pic) PETALING JAYA: An association has hit out at Terengganu executive councillor Dr Azman Ibrahim after he claimed that many fishermen were fishing in Terengganu’s waters only to… Read More