Kos berubat, ‘bom jangka’ menunggu kelas pertengahan Posted on 20/12/2024 Ramai kelas pertengahan berisiko dihimpit masalah kewangan kesan bil perubatan tidak dijangka. (Gambar AP) PETALING JAYA: Kelas pertengahan berdepan krisis penjagaan perubatan apabila premium insuran perubatan melambung, mendedahkan mereka kepada malapetaka perbelanjaan kesihatan, kata seorang pakar kesihatan awam. Peningkatan inflasi kesihatan menjadikan syarikat insurans dan takaful mencadangkan kenaikan premium antara 40% dan 70% tahun depan, sekali gus mengakibatkan ramai enggan lagi menanggung polisi insurans kesihatan. Perunding kesihatan awam dan pakar perubatan, Dr Feisul Idzwan Mustapha, berkata kenaikan premium insurans perubatan berkemungkinan mendorong lebih ramai isi rumah M40 (berpendapatan sederhana) dan pesara mempertimbang semula atau menamatkan polisi mereka. “Kelas pertengahan, sedia ada terhimpit dengan pertumbuhan pendapatan tidak berkembang dan kos sara hidup, mungkin mendapati berdepan cabaran untuk mengekalkan premium, menyebabkan mereka terdedah kepada perbelanjaan kesihatan merugikan. “Jadi, ya…ia mewujudkan jangkaan ‘bom jangka’ di mana kelas pertengahan Malaysia berisiko mengalami ketidaktentuan kewangan disebabkan bil perubatan di luar jangka, memaksa ramai beralih kepada sistem kesihatan awam yang sedia berdepan tekanan,” katanya. Feisul, yang juga pengarah kesihatan Perak, berkata lonjakan kelas pertengahan berganjak daripada penjagaan kesihatan swasta kepada awam akan memburukkan lagi cabaran didepani sistem kesihatan awam. “Ia termasuk kemudahan sesak, masa menunggu panjang, dan beban berlebihan pekerja penjagaan kesihatan. “Sebagai contoh di Perak, kami mendapati berlaku peningkatan permintaan di hospital awam, terutama bagi khidmat pakar dan pengurusan penyakit kronik, jauh sebelum peningkatan premium insurans kesihatan,” katanya kepada FMT. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), negara merekodkan 12.6% inflasi kos perubatan pada 2023, lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6%, meningkat daripada 12% pada 2022. Katanya, inflasi kos perubatan, dipacu peningkatan beban penyakit tidak berjangkit (NCD), pertambahan populasi menua, dan kemajuan perubatan yang mahal, pastinya memberi tekanan kewangan kepada syarikat insurans. Pusat Galen untuk Kesihatan dan Dasar Sosial bersetuju lonjakan inflasi perubatan dan premium insurans merupakan bencana kewangan menunggu akan berlaku kepada ramai rakyat. “Berdepan peningkatan premium 20% sehingga mengejut sampai 200%, ramai memutuskan lebih baik menamatkan polisi diambil, dan memberi peluang kepada sistem penjagaan kesihatan awam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Mohd Khalib. Katanya, memandangkan insurans kesihatan tidak lagi mampu milik, berkemungkinan lebih ramai orang ramai tidak mempunyai insurans. Kurang kawal selia Azrul berkata, menjadi kesilapan mengalihkan kebertanggungjawaban mengurangkan inflasi perubatan di bahu pemegang polisi, pesakit, keluarga mereka, dan masyarakat. “Sepatutnya ia peranan pengawal selia. Kenaikan premium insurans perubatan tidak berlaku dalam vakum,” katanya. News
Roma sack coach Juric after four losses in last five league games Posted on 11/11/2024 Roma’s head coach Ivan Juric (right) gives instructions during the Serie A match against Bologna at Rome’s Olympic Stadium. (AP pic) ROMA: AS Roma have sacked coach Ivan Juric, the Serie A club said on Sunday, as the Croatian became the capital side’s second coach to be fired this season…. Read More
South Korea says martial law attempt undercut political momentum with Trump Posted on 18/12/2024 Foreign minister Cho Tae-yul (right) and finance minister Choi Sang-mok address the media at a joint press conference in Seoul. (EPA Images pic) SEOUL: South Korean foreign minister Cho Tae-yul said on Wednesday that president Yoon Suk-yeol’s short-lived bid to impose martial law had created some limitations communicating with the… Read More
Italian PM Meloni said to be flying to meet Trump Posted on 05/01/2025 Giorgia Meloni is facing a foreign policy test as Cecilia Sala (pictured) was detained three days after an Iranian businessman was arrested at Milan’s Malpensa airport on a US warrant. (AP/Chora Media pic) MILAN: Italian Prime Minister Giorgia Meloni is flying to Florida where she will meet President-elect Donald Trump,… Read More