Kumpulan basikal remaja didenda ‘ketuk ketampi’ Posted on 02/01/2025 Sekumpulan remaja dikenakan denda ketuk ketampi kerana didapati menunggang basikal tidak mempunyai brek, loceng, lampu, dan menunggang secara bersaing dan membahayakan. PETALING JAYA: Tindakan polis trafik mengenakan tindakan advokasi terhadap 21 remaja antara 14 hingga 17 tahun dengan memberi denda ketuk ketampi antara kaedah memberi kesedaran memahami undang-undang jalan raya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Mohd Zamsuri Mohd Isa, berkata mereka sebenarnya boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah-kaedah Lalu Lintas (Kaedah 42) – sekatan ke atas penunggang basikal, termasuk dikenakan tindakan sita. Katanya, semasa sekatan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur, semalam, kumpulan remaja itu dikesan melakukan kesalahan menunggang basikal tidak mempunyai brek, loceng, lampu, dan menunggang secara bersaing dan membahayakan. “Seorang pegawai kanan JSPT KL bersama seorang pegawai JPJ mengambil tindakan dengan memberi amaran dan advokasi kepada kumpulan remaja terbabit dengan memberi denda ketuk ketampi secara sukarela dan bersalaman meminta maaf kepada petugas-petugas di sekatan jalan raya itu,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, kumpulan remaja itu disuraikan dengan peringatan tidak menunggang basikal tersebut dan terus pulang ke rumah masing-masing. Katanya, tindakan advokasi berkenaan tular dengan rata-rata warganet memuji pendekatan budi bicara, berbanding penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka. “Advokasi seperti ini juga dapat memberi kesedaran dan membantu pesalah muda memahami undang-undang jalan raya dengan lebih baik,” katanya. Zamsuri turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk lebih prihatin dan memantau anak-anak bawah jagaan. News
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA Posted on 01/01/2025 Kemudahan kaunter manual dan sistem pagar automatik konvensional terus tersedia serta masih boleh digunakan seperti biasa. (Gambar Facebook) PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan kod respons pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Lapangan Terbang Antarabangsa… Read More
South Korean authorities launch probe after three die in Hyundai car test Posted on 19/11/2024 The Ulsan plant is Hyundai’s biggest manufacturing facility, with its own port and an annual production capacity of 1.4 million vehicles, including exports of 1.1 million units. (EPA Images pic) SEOUL: South Korean authorities launched an investigation on Tuesday after three workers died during a car test at a Hyundai… Read More
Police seek leads after 11 cars vandalised with windows smashed, batteries stolen in Lahad Datu Posted on 09/11/2024 LAHAD DATU, Nov 9 — The police are investigating incidents involving the breaking of car windows and battery theft involving 11 cars in Kampung Desa Bajau, Jalan Tengah Nipah here on Thursday. Lahad Datu district police chief ACP Dzulbaharin Ismail said the police had received nine reports this morning regarding… Read More