Kumpulan mahu bincang kubur Muslim di tapak pengebumian 13 Mei Posted on 25/11/2024 Tapak perkuburan mangsa rusuhan kaum 13 Mei di Sungai Buloh majoritinya terdiri daripada mangsa kaum Cina. Terdapat juga dua kubur orang Islam di situ. PETALING JAYA: Sebuah persatuan masyarakat mohon diadakan pertemuan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak melibatkan dua kubur orang Islam di kawasan perkuburan mangsa 13 Mei di Sungai Buloh, yang mana baru-baru ini digazet sebagai perkuburan bukan Muslim. Kumpulan itu, Sekretariat Angkatan Islah Rakyat (AIR), mempersoalkan keputusan kerajaan Selangor menggazet kawasan itu, apabila tidak dilakukan sebarang dialog atau penglibatan awam, sambil menekankan kurangnya tatakelola. Pihak sekretariat juga bimbang NGO bukan Islam, Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa) diberi hak menguruskan perkuburan itu, mengambil kira ada sejumlah kubur orang Islam di kawasan itu. Semalam, Setiausaha Pewasa Law Jing, berkata pihaknya bercadang bertemu pegawai tanah bagi menjelaskan perkara itu kerana permohonan kumpulan berkenaan untuk menguruskan tanah perkuburan itu tidak termasuk sebarang rujukan kepada agama. Hari ini, People’s Reform Movement juga, berkata mereka ingin mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan di Gombak bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Dalam kenyataan, kumpulan itu berkata: “Tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta kerajaan Selangor tidak menggambarkan pelaksanaan mekanisme, proses dan penglibatan awam yang membolehkan komuniti terjejas untuk mempertahankan hak mereka dengan jelas, sah, dan kepentingan mengurangkan jurang antara pihak berkuasa dengan orang awam.” Kumpulan itu melibatkan Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia, Gerakan Pengundi Sedar, dan Concerned Lawyers for Justice. Pada 22 Nov, Selangor memberi hak kepada Pesawa menguruskan kawasan perkuburan di atas bukit, di belakang Hospital Sungai Buloh. Ia menempatkan 102 batu nisan, majoritinya menyemadikan orang Cina yang menjadi mangsa rusuhan kaum. Kerajaan Selangor mengazet kawasan itu sebagai kawasan perkuburan bukan Muslim, pada 5 Sept. News
Iran calls to expel Israel from UN after strike on Syria Posted on 11/11/2024 A Syrian man passes by a bridge in Qusair, linking to Lebanon, which was destroyed by an Israeli airstrike. (AP pic) TEHRAN: Iran’s foreign ministry called Sunday for an arms embargo on Israel and the expulsion of its arch-foe from the United Nations, following a deadly strike in Syria. Foreign ministry… Read More
Enggan berhenti, polis kejar 4WD dari Muar-KL Posted on 21/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar, berkata kenderaan dinaiki suspek rempuh palang tol di Jasin sebelum merempuh dan melepasi penghadang jalan di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat motif enam lelaki tempatan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dikejar sejauh 180km kerana enggan memberhentikan kenderaan. Ketua… Read More
Lawatan PM ke Brazil kukuh hubungan diplomatik 65 tahun Posted on 17/11/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena Sidang Kemuncak Apec 2024. (Gambar Bernama) LIMA: Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Brazil berlangsung dari 16 hingga 19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan. Menteri Luar Negeri, Mohamad… Read More