Labur lebih RM500,000, untung cuma RM4,000 Posted on 21/12/2024 Menurut Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh, mangsa melakukan 32 transaksi ke 19 akaun dengan jumlah keseluruhan RM533,000. PETALING JAYA: Seorang warga emas berputih mata apabila hanya mendapat pulangan RM4,000 selepas melabur lebih RM500,000 dalam pelaburan matawang kripto. Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, berkata mangsa berusia 61 tahun sebelum itu ditawarkan membuat pelaburan terbabit daripada seorang wanita warga asing media sosial pada Jun lalu. Katanya, wanita yang menggunakan nama ‘Sakura Gi Haruko’ itu didakwa menjanjikan pulangan keuntungan 0.8% daripada jumlah modal dilaburkan. “Mangsa yang tertarik dengan keuntungan dijanjikan, memuat turun dua aplikasi dan melakukan 32 transaksi ke 19 akaun bermula 23 Jun sehingga 17 November lalu, dengan jumlah keseluruhan RM533,000. “Mangsa hanya menerima keuntungan RM4,000 dalam tempoh itu,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian. Balveer Singh berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan untuk mengeluarkan hasil keuntungan. Katanya, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di IPD Johor Bahru Utara, semalam. “Kes disiasat di mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. “Siasatan juga akan meliputi pembabitan keldai akaun jika ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terbabit,” katanya. News
Anwar extends Asean Summit 2025 invitation to China’s Xi Jinping and Li Qiang Posted on 08/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 8 — As Malaysia prepares to chair the Asean Summit next year, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim extended invitations to China’s Prime Minister Li Qiang and President Xi Jinping during his official visit earlier this week. Government spokesman Fahmi Fadzil highlighted that this reflects Malaysia’s strength as… Read More
HRD Corp to continue funding parenting courses, says Anwar Posted on 09/11/2024 Prime Minister Anwar Ibrahim said the initiative by the Human Resource Development Corporation is in support of the National Family Month celebration. KUALA LUMPUR: The Human Resource Development Corporation (HRD Corp) will continue its initiative to fund courses focussed on family development and parenting for employees, using employer levy contributions…. Read More
PAC demands Mara prioritise local investments after overseas property blunders Posted on 27/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 26 — The Public Accounts Committee (PAC) has recommended that the Rural and Regional Development Ministry (KKDW), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp) and Mara Inc align all investment proposals, especially high-value property acquisitions, with government policies and prioritise domestic investments. “These proposals… Read More