Lawatan PM ke Brazil kukuh hubungan diplomatik 65 tahun Posted on 17/11/2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena Sidang Kemuncak Apec 2024. (Gambar Bernama) LIMA: Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Brazil berlangsung dari 16 hingga 19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan. Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan, berkata lawatan kerja tersebut terdiri dua komponen utama: pertama, pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula Da Silva, pada 17 Nov dan kedua, penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 di bawah kepengerusian Brazil pada 18 hingga 19 Nov. “Kali terakhir Malaysia menghadiri Sidang G20 ialah pada 2015 di Turki, selaku pengerusi Asean ketika itu. Tahun 2025 amat signifikan kepada Malaysia dan Brazil.” “Tatkala Malaysia menjadi pengerusi Asean, Brazil akan menerajui BRICS dan turut menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC),” katanya kepada pemberita hari ini. G20 dianggotai 19 negara dan dua kesatuan iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Afrika (AU). Ia merupakan perkumpulan geoekonomi yang amat berpengaruh dalam sosioekonomi, perdagangan dan kewangan dunia selain memainkan peranan penting dalam menentukan piawaian antarabangsa dalam hal ehwal ekonomi dunia. Pertemuan dua hala, perbincangan dengan industri Brazil Dalam pertemuan dua hala antara perdana menteri dan Presiden Lula, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai peluang untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Brazil. Katanya, topik utama perbincangan termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, serta memajukan industri halal yang berpotensi. Malaysia dan Brazil akan turut membincangkan isu global yang berkepentingan bersama seperti perubahan iklim, reformasi institusi antarabangsa termasuk perhimpunan agung PBB, dan pembaharuan sistem kewangan global. Mohamad berkata, satu perbincangan meja bulat dengan pemain industri Brazil juga dijadualkan diadakan untuk mempromosikan peluang perniagaan, khususnya dalam sektor semikonduktor dan halal. Penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 Beliau berkata, salah satu tumpuan utama lawatan ini adalah penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak G20 yang bertemakan ‘Building a Just World and a Sustainable Planet’ (Membina Dunia dan Planet yang Lestari). Di bawah Kepengerusian Brazil, G20 akan melancarkan ‘Global Alliance against Hunger and Poverty’ yang bertujuan membasmi kemiskinan dan kelaparan di seluruh dunia. Tema ini selaras komitmen kerajaan Madani dalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Malaysia, terutama dalam usaha membasmi kemiskinan tegar. Pada 18 Nov, Anwar yang juga menteri kewangan akan menyampaikan pandangan Malaysia dalam dua sesi penting G20: pertama sesi ‘Social Inclusion and the Fight against Hunger and Poverty’, dan kedua sesi ‘Reform of Global Governance Institutions’. Katanya, kedua-dua sesi ini, memberi peluang kepada Malaysia untuk menyuarakan pandangan mengenai inisiatif untuk menangani isu kemiskinan, ketidaksetaraan, dan reformasi sistem pemerintahan global. News
Vivy, husband leave MACC after five hours of questioning over FashionValet investment loss Posted on 08/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 8 — The process of recording the testimony of the founding couple of FashionValet Sdn Bhd related to the investment losses of Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) and Permodalan Nasional Bhd (PNB) which continued today was completed after about five hours. The vehicle carrying the couple was seen leaving… Read More
High Court to hear ex-Hindu board chief’s remand revision bid Posted on 06/12/2024 The George Town High Court will hear an application to reduce the six-day remand of M Ramachandran on Dec 10. (File pic) GEORGE TOWN: The High Court here will hear an application to reduce the six-day remand order for former Penang Hindu Endowment Board (PHEB) executive director and CEO M… Read More
Kedah MB Sanusi: Why blame me for Dubai firm quitting RM40b Langkasuka project? Ask Muhyiddin and Tengku Zafrul instead Posted on 24/11/2024 ALOR SETAR, Nov 24 — The Kedah state government will not incur any loss from Bin Zayed International (BZI) Group’s withdrawal from the RM40 billion Langkasuka development in Langkawi, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor reportedly said. Sanusi said the project is a private partnership, and therefore he… Read More