Lebih 17,000 remaja hamil tanpa kahwin, kata Nancy Posted on 10/11/2024 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, berkata 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan sejak lima tahun lalu. (Gambar Freepik) KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri menyuarakan kebimbangan isu kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur, pembuangan bayi, dan pengguguran tidak selamat di negara ini. Beliau berkata, berdasarkan data Kementerian Kesihatan 44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lalu, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja belum berkahwin. “Sepanjang tempoh 2019 hingga 2023, Sarawak merekodkan 9,258 kes kehamilan remaja dan daripada jumlah ini, 5,627 kes adalah tidak berkahwin semasa hamil. “Di Sarawak, kes kehamilan remaja merekodkan angka yang tinggi disebabkan adanya perkahwinan adat yang membenarkan perkahwinan di bawah umur, selain belum ada pindaan dibuat untuk menetapkan had umur perkahwinan bagi perempuan dinaikkan kepada 18 tahun,” katanya. Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika berucap pada majlis Forum Advokasi Pendidikan Reproduktif dan Sosial (Pekerti) Edisi Ibu Bapa Peringkat Sarawak. Nancy berkata, perbincangan mengenai topik seks seharusnya tidak lagi dianggap sebagai isu yang dilarang atau sensitif, kerana kebimbangan ibu bapa atau masyarakat tentang maklumat kesihatan reproduktif hanya akan menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan remaja. “Dalam era globalisasi ini, remaja menghadapi pelbagai cabaran seperti pengaruh budaya luar, akses maklumat tanpa had dan tekanan untuk menyesuaikan diri dengan norma sosial yang berubah,” katanya. Kira-kira 200 peserta yang menghadiri forum yang memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada ibu bapa berkenaan diharap dapat membantu dalam proses kemandirian dan sosialisasi remaja. News
Stop dancing to the ‘old man’s tune’ on DBKL signage issue, says MP Posted on 26/11/2024 Former prime minister Dr Mahathir Mohamad had questioned if Malaysia had become part of China after seeing several shops at Pavilion Bukit Jalil with large Chinese characters. (X pic) PETALING JAYA: Petaling Jaya MP Lee Chean Chung has urged both the government and opposition to stop “dancing to the old… Read More
Teen owes ‘ah long’ RM13,000 after trying to fulfil girlfriend’s craving for ‘siakap tiga rasa’ Posted on 18/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 18 — A 15-year-old teenager is reportedly RM13,000 in debt to loan sharks or “ah long”, among the many victims that are being assisted by an Islamic group called Darul Muttaqin (DM). The reason behind him turning to loan sharks? To satisfy his girlfriend’s craving for “siakap… Read More
Talk to us now, Armizan tells prospective allies Posted on 10/11/2024 GRS deputy secretary-general Armizan Mohd Ali said any electoral cooperation will be decided after taking into account the views of all coalition partners. PAPAR: Any party wishing to cooperate with Gabungan Rakyat Sabah need not wait for the next Sabah state assembly elections to be called, deputy secretary-general Armizan Mohd… Read More