Lelaki Malaysia poligami nikah di selatan Thai turun 40% Posted on 15/01/2025 Sebelum kuat kuasa larangan, pihak berkuasa agama Narathiwat berkata maksimum lima pasangan negara dinikahkan sehari, namun ketika ini satu ke dua pasangan sahaja. PETALING JAYA: Pasangan Malaysia yang majoritinya mahu berpoligami bernikah di Selatan Thailand menurun 40%, susulan penguatkuasaan larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram sejak 1 Dis lalu. Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat, berkata ramai pasangan dari negara ini berusia 30 tahun ke atas membuat keputusan membatalkan perjalanan kerana pemeriksaan ketat. Katanya, sepanjang tahun lalu, lebih 300 pasangan Malaysia berkahwin di Narathiwat dengan majoriti berasal dari Kelantan dan Terengganu. “Tetapi, sejak larangan rentas sempadan guna pangkalan haram, ramai rakyat Malaysia sama ada memutuskan untuk tidak datang ke Narathiwat atau memilih untuk pergi terus ke wilayah Songkhla. “Dalam tempoh sebulan bermula Disember hingga 1 Jan tahun ini, kita merekodkan penurunan kira-kira 40%,” katanya menurut Berita Harian. Beliau berkata, sejak penguatkuasaan larangan rentas sempadan haram dilaksanakan, sekitar empat hingga lima pasangan Malaysia berkahwin di Narathiwat dalam sehari, namun sekarang hanya merekodkan satu atau dua pasangan sehari. “Bagi kami ia tidak sepatutnya menjadi masalah kepada kami untuk menjalankan akad nikah asalkan pasangan mematuhi peraturan dan membawa semua dokumen yang diperlukan. Kita sentiasa memudahkan urusan mereka dan mereka perlu membayar yuran seperti yang ditetapkan,” katanya. Beliau turut berharap pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla dapat melengkapkan dokumen perkahwinan pasangan Malaysia dalam masa sehari. Pada masa sama, Abdul Aziz memaklumkan seramai 30 ahli jawatankuasa dilantik oleh majlis agama itu untuk menikahkan pasangan Malaysia dan Thailand. News
Informant in Sabah bribery case received death threat, says IGP Posted on 13/11/2024 Inspector-General of Police Razarudin Husain said the whistleblower was sent two images, one of a pistol with ammunition and another showing a person shot in the street. (Bernama pic) PETALING JAYA: Police have confirmed that the whistleblower who sent an open letter to the Yang di-Pertuan Agong regarding a case… Read More
They offered us RM4,000 a month: Two Johoreans rescued from Sihanoukville relate how they fell for con job offer in Cambodia Posted on 10/11/2024 KOTA TINGGI, Nov 9 — Two friends who were promised employment with RM4,000 salary a month ended up as victims of an employment syndicate in Cambodia. Both victims from Felda Air Tawar 4 were initially offered employment at a casino in the country and were later forced to become scammers… Read More
Police disperse protest at plastics company over salary arrears Posted on 14/12/2024 Workers taking part in a protest outside the Kawaguchi Manufacturing plant in Klang today over alleged delayed salary arrears. PETALING JAYA: Police have dispersed a peaceful gathering of 250 workers from a plastics manufacturing company in Klang, who were protesting over their unpaid wages. Selangor police chief Hussein Omar Khan… Read More