Mangsa banjir terus menurun Posted on 09/12/2024 Kelantan merekodkan penurunan mangsa selepas sebuah PPS di Tumpat ditutup, menjadikan jumlah mereka masih terkesan bencana itu malam ini ialah 111 orang berbanding 240 direkodkan petang tadi. (Gambar EPA Images) KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat petang tadi. Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Azmi Rohani, berkata dua PPS di Segamat dan satu di Batu Pahat ditutup petang tadi, menjadikan jumlah mangsa banjir malam ini sebanyak 168 orang berbanding 229 orang pada sebelah petang. “Semua mangsa banjir negeri ini yang terdiri daripada 48 keluarga berada di Segamat dan ditempatkan di lima PPS di daerah itu,” katanya menerusi kenyataan. Kelantan juga merekodkan penurunan mangsa selepas sebuah PPS di Tumpat ditutup, menjadikan jumlah mereka yang masih terkesan dengan bencana itu malam ini ialah 111 orang berbanding 240 orang yang direkodkan petang tadi. Portal Info Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan dua PPS masih beroperasi di negeri itu, iaitu di Tumpat yang menempatkan 68 mangsa daripada 36 keluarga manakala PPS di Pasir Mas dihuni 43 mangsa daripada 12 keluarga. Sementara itu, di Perak, Sekretariat JPBN memaklumkan banjir di Manjung pulih selepas PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu 4 ditutup setelah lima mangsa terakhir di situ pulang ke rumah masing-masing pada 5.30 petang. Perkembangan itu menjadikan jumlah mangsa malam ini berkurangan kepada 116 orang dengan 82 orang daripada 28 keluarga berada di dua PPS di Kinta manakala 34 orang daripada 11 keluarga menghuni sebuah PPS di Perak Tengah. Situasi banjir di Melaka juga hampir pulih, apabila hanya 11 mangsa masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat, Jasin, malam ini, berkurangan daripada 17 mangsa yang direkodkan petang tadi, selepas PPS SK Parit Penghulu, juga di Jasin ditutup lewat petang tadi. Di Kedah, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata jumlah mangsa banjir ialah 254 orang daripada 64 keluarga berbanding 255 orang daripada 65 keluarga petang tadi dengan semua mereka ditempatkan di PPS SK Sri Gunung, Kota Setar. News
Malcolm X’s family sues US law enforcement agencies over assassination Posted on 16/11/2024 Malcolm X became prominent in the US as the national spokesman of the Nation of Islam. (AFP pic) ATLANTA: The family of Malcolm X, a rebel civil-rights leader who was assassinated almost 60 years ago, filed a US$100 million federal lawsuit today that accuses the FBI, CIA and New York… Read More
Fifa adapts transfer rules after Lassana Diarra’s case Posted on 24/12/2024 Fifa’s decision, following ‘close consultation with key stakeholders’, came just over a week before the January transfer market reopened. (AFP pic) PARIS: Fifa announced Monday it had adopted an “interim regulatory framework” regarding player transfers after a ruling earlier this year by the European Court of Justice (ECJ) in a case… Read More
Police warn guests in military-like ceremonial uniforms at Selangor event of legal consequences Posted on 04/01/2025 SHAH ALAM, Jan 4 — Police are seeking several individuals seen wearing official attire resembling military ceremonial uniforms at an event believed to have been organised by an association. Selangor police chief Datuk Hussein Omar Khan said such actions could create public confusion by implying that it is not an… Read More