Masalah kesihatan mental kanak-kanak, belia meningkat 2 kali ganda Posted on 04/12/2024 Lukanisman Awang Sauni berkata Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan turut mendapati peningkatan prevalen tingkah laku bunuh diri dalam tempoh 10 tahun. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Masalah kesihatan mental melibatkan kumpulan umur kanak-kanak, remaja serta belia menunjukkan peningkatan dua kali ganda, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni. Beliau berkata berdasarkan Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), ia meningkat daripada 7.9% iaitu 424,000 orang pada 2019 kepada 16.5% (922,318 orang) pada tahun lepas. “Ini bermaksud peningkatan sebanyak dua kali ganda berdasarkan maklumat kita perolehi daripada NHMS,” katanya dalam pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang meminta menteri kesihatan menyatakan secara terperinci berkenaan statistik isu kesihatan mental melibatkan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi. Dalam pada itu, Lukanisman berkata dapatan NHMS juga turut menunjukkan peningkatan prevalen tingkah laku bunuh diri dalam tempoh 10 tahun. Katanya, idea bunuh diri dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan daripada 7.9% pada 2012 kepada 13.1% pada 2022. “Bagi pelan bunuh diri, ia meningkat daripada 6.4% pada 2012 kepada 10.0% pada 2022. “Peningkatan cubaan bunuh diri juga turut direkodkan daripada 6.8% pada 2012 kepada 9.5% pada 2022,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata kementeriannya telah mengambil insiatif mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan dan membangunkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja. Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyediakan perkhidmatan talian bantuan krisis kesihatan mental iaitu Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love). “KKM juga menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang boleh diakses di 1,088 Klinik Kesihatan, 68 hospital, dan 37 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) dan penempatan 200 Pegawai Psikologi (Kaunseling) Contract For Service(CFS) di daerah dan Klinik Kesihatan. “Kita juga berusaha meningkatkan bilangan pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja kepada 30 orang menjelang tahun 2027. Sehingga kini, terdapat 18 pakar,” katanya. News
Policy on foreign spouses employment needs review, says Saifuddin Posted on 15/11/2024 Home minister Saifuddin Nasution Ismail said foreign spouses who have a long-term social visit pass are permitted to work or operate businesses if they meet specific requirements. PETALING JAYA: The government may consider allowing foreigners married to Malaysians to work in the country in a bid to boost the economy… Read More
Sabah flood victims count steady at 1,054 as weather improves in Pitas and Paitan Posted on 19/01/2025 KOTA KINABALU, Jan 19 — The number of flood victims in Sabah remained at 1,054 people from 355 families this morning. In a statement today, the Sabah Malaysian Civil Defence Force stated that 993 victims, involving 338 families, are at seven relief centres (PPS) in Pitas, while 61 victims from… Read More
PM Anwar arrives in Brazil for official visit, set to strengthen ties and boost trade at G20 summit Posted on 17/11/2024 RIO DE JANEIRO, Nov 17 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived in Brazil, South America’s largest country, from Lima, Peru, for his official visit and to attend the Group of 20 (G20) Summit 2024, where Malaysia is a guest country. Apart from Malaysia, 16 other countries, including Chile,… Read More