Mayat lelaki dalam bagasi mungkin warga asing, kata polis Posted on 11/12/2024 Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa ialah lelaki berusia 20-an dengan ketinggian 155cm, berat 45kg, berkulit cerah, tiada tatu atau tanda lain di badan. PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan mayat lelaki ditemui dalam bagasi di Taman CP6, Cheras Perdana ialah warga asing kerana tiada tanda suntikan BCG pada badan. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata hasil bedah siasat oleh Hospital Serdang mendapati mangsa ialah lelaki berusia 20-an dengan ketinggian 155cm, berat 45kg, berkulit cerah, tiada tatu atau tanda lain di badan. “Turut tiada tanda suntikan BCG dan mangsa tidak bersunat, selain ketika ditemui dia berbaju serta berseluar pendek floral warna hijau. “Badannya juga dalam keadaan utuh dan sempurna serta memakai cincin warna perak di jari kanan,” katanya menurut Harian Metro. Menurutnya, tiada kecederaan lain ditemui, kecuali tulang hidung patah dan punca kematian tidak dapat disahkan sementara menunggu keputusan makmal. Beliau berkata, mayat dimuat ke dalam bagasi dengan melipat tubuh mangsa. “Kita tidak menolak kemungkinan mangsa adalah lelaki warga asing, namun siasatan masih dijalankan. “Pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa tampil menyalurkan maklumat.” Semalam, Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.45 pagi Selasa berhubung penemuan sebuah bagasi berbau busuk daripada orang awam. Beliau meminta orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900. News
Wong Chen clears air over call to mandate asset declaration for civil service Posted on 08/12/2024 Subang MP Wong Chen said the asset declarations should also be audited by an independent body. PETALING JAYA: Subang MP Wong Chen has clarified his call for mandatory asset declarations for civil servants, following Cuepacs’s remarks that members of the public service are already required to declare their assets. Wong… Read More
Accused of overzealous enforcement of signboards, DBKL says merely ensuring businesses comply with by-laws Posted on 26/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 25 — The Kuala Lumpur City Hall (DBKL) today explained that its recent enforcement operations against signboard licensing violations around the city aimed at ensuring all business premises comply with the established by-laws. In a statement, DBKL said that this includes the Advertisement (Federal Territories) By-Laws 1982… Read More
Scholz, Putin hold first call in almost 2 years Posted on 16/11/2024 Russian president Vladimir Putin has not spoken to most Nato and western leaders since 2022. (AP pic) BERLIN: German chancellor Olaf Scholz and Russian president Vladimir Putin spoke on the phone today for the first time in almost two years, a German government source told AFP. Scholz stayed on the… Read More