Meritokrasi ketat tak akan berkesan di Sarawak, kata senator PKR Posted on 09/11/2024 Senator Abun Sui Anyit kata pendekatan meritokrasi secara ketat tidak akan berkesan di Sarawak berikutan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan. (Gambar Parliament of Malaysia) PETALING JAYA: Seorang senator PKR menolak penggunaan meritokrasi secara ketat di Sarawak selepas ia memutuskan untuk menghapuskan kuota kemasukan di lima universiti milik kerajaan negeri. Senator Abun Sui Anyit berkata pendekatan meritokrasi secara ketat tidak akan berkesan di Sarawak berikutan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan di seluruh negeri itu, lapor Dayak Daily. Beliau menjelaskan penduduk luar bandar, khususnya Dayak, masih kekurangan akses kepada prasarana asas seperti bekalan air bersih, elektrik, internet dan jalan raya, menyebabkan mereka berada pada kedudukan yang tidak sama rata berbanding orang senegeri di bandar. Abun berkata belanjawan negeri 2025 masih perlu tindakan afirmatif bersasaran, untuk memartabatkan golongan itu dan membuka laluan kepada landskap ekonomi yang lebih seimbang. “Sudah tiba masanya dasar dirombak secara tuntas yang memastikan pertumbuhan mampan dan memberi kepada penduduk luar bandar sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang maju seiring kawasan bandar,” katanya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Annuar Rapa’ee pada Sabtu lepas menggambarkan kemungkinan kemasukan ke lima pusat pengajian milik kerajaan negeri berdasarkan merit atau kelayakan yang telah ditetapkan, lapor Utusan Borneo. Lima pusat itu ialah Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak, Kolej Universiti i-CATS, dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak. Bagi memastikan pelajar luar bandar diterima masuk ke institusi tersebut, Annuar berkata Sarawak sedang menaik taraf kemudahan pendidikan dan memperuntukkan RM15 juta setiap tahun untuk menyediakan tuisyen percuma kepada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Langkah itu disambut baik oleh beberapa pihak termasuk bekas menteri Zaid Ibrahim yang berkata negeri lain harus mencontohi Sarawak. Pakar pendidikan, Kua Kia Soong, juga mengalu-alukan langkah Sarawak tetapi berkata tindakan afirmatif harus dikekalkan untuk masyarakat kurang bernasib baik, seperti Orang Asal. Kua berkata tindakan afirmatif harus meletakkan matlamat khusus, quota, dan ‘sunset clauses’ bagi mengelakkan penyalahgunaan. News
Struggling Leicester City name van Nistelrooy as manager Posted on 30/11/2024 As a coach, Ruud van Nistelrooy previously led PSV Eindhoven in the 2022-23 season, where he won the Dutch Cup. (AP pic) MEXICO CITY: Leicester City have appointed Ruud van Nistelrooy as manager to replace the sacked Steve Cooper on a contract until June 2027, the Premier League club announced… Read More
Liverpool beat Man City 2-0 to go nine points clear Posted on 02/12/2024 Liverpool’s Mohamed Salah tries to score past Manchester City’s goalkeeper Stefan Ortega but shoots over the bar during the match at Anfield. (AP pic) LIVERPOOL: Liverpool overawed Manchester City in a 2-0 win on Sunday with goals from Cody Gakpo and Mohamed Salah to take a commanding nine-point lead at… Read More
152,000 flood victims evacuated in 9 states Posted on 01/12/2024 An army truck ferrying SPM students from SMK Rantau Panjang and SK Gual Tinggi in Kelantan, who were stranded in their dormitories. (Bernama pic) PETALING JAYA: More than 152,000 people have been evacuated to relief centres in the nine states affected by floods. The death toll remains at three, according… Read More