Mesej WhatsApp Ebit Lew dipadam, gagal diperolehi, kata saksi Posted on 17/01/2025 Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan mangsa dengan menghantar perkataan dan gambar lucah kepada wanita itu melalui WhatsApp antara Mac dan Jun 2021. (Gambar Bernama) TENOM: Seorang saksi dalam perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret bahawa mesej WhatsApp antara pengadu dan pendakwah bebas itu yang telah dipadam, tidak dapat diperoleh semula. Ketua Divisyen, Perkhidmatan Teknologi Responsif CyberSecurity Malaysia, Mohd Zabri Adil Talib, 45, selaku saksi ke-15 mengakui melakukan analisis terhadap dua kad sim milik pengadu dan satu milik Ebit menggunakan perisian khas. “Saya maksudkan tidak dapat peroleh mesej yang dipadam merujuk kepada semua nombor… Sekiranya mesej WhatsApp dipadam, ia tidak dapat dikesan semula kerana kekangan teknologi yang ada pada masa kini,” katanya dalam kenyataan bertulis bagi menjawab pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi. Beliau berkata pihaknya membuat analisis terhadap tiga nombor itu berdasarkan permohonan daripada Pegawai Penyiasat Polis, Noor Asyikin Shamsuri yang memohon untuk mengesan maklumat perbualan yang dipadam dalam aplikasi WhatsApp. Zabri selaku individu yang mengesahkan laporan digital forensik kes berkenaan berkata pemeriksaan itu juga hanya dapat dilakukan terhadap telefon bimbit milik pengadu, kerana telefon bimbit Ebit tidak mempunyai aplikasi WhatsApp. Beliau berkata hanya jumlah perbualan telefon melalui WhatsApp dapat dikesan daripada telefon bimbit pengadu, yang mempunyai maklumat serta sejarah komunikasi dengan pendakwah berkenaan. Ebit, 39, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui WhatsApp antara Mac dan Jun 2021. Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung pada 11 hingga 14 Mac depan. News
Lelaki maut terkena renjatan elektrik Posted on 27/11/2024 Bomba berkata mangsa ditemui beberapa meter dari lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, untuk tindakan lanjut. PETALING JAYA: Seorang lelaki dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik di rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan, pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 33 tahun mahu menutup suis… Read More
Russia’s chemical weapons chief killed in Moscow blast Posted on 18/12/2024 Investigators secure the site where Igor Kirillov, head of the Russian army’s chemical division, and his assistant were killed by an explosion in Moscow. (AP pic) MOSCOW: The head of the Russian army’s chemical weapons division was killed Tuesday in a brazen Moscow attack claimed by Kyiv, the most senior military… Read More
Experience how it feels to be a welder with HR Ministry’s booth at the Madani govt anniversary Posted on 24/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 24 — On the final day of the Two Years of MADANI Government Programme (2TM) here, visitors had the opportunity to experience life as a welder by trying out a welding simulator at the booth of the Ministry of Human Resources (KESUMA). The welding simulator, which attracted… Read More