Motac siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah Posted on 15/01/2025 Motac memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati melanggar peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992. PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) sedang menyiasat sebuah syarikat pelancongan yang dikatakan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam. Kementerian berkata, pihaknya menyarankan syarikat terbabit menunaikan tempahan sedia ada bagi pelanggan yang telah membuat bayaran penuh dan memulangkan wang kepada jemaah yang memohon untuk membatalkan pakej umrah. “Buat masa ini, syarikat dinasihati agar tidak mengambil tempahan daripada jemaah umrah baharu sehingga menyelesaikan semua tempahan yang terdahulu,” katanya. Sejak Isnin lepas, jemaah yang mendakwa ditipu berkampung di luar premis syarikat terbabit di Sepang bagi menuntut kembali wang mereka. Ada yang turut membuat siaran langsung di pelbagai platform media sosial berkaitan situasi semasa serta berharap pemilik syarikat tampil memberikan penjelasan. Sementara itu, kementerian itu turut mengingatkan mangsa agar membuat laporan polis, tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan aduan menerusi https://motac.spab.gov.my. Motac turut mengingatkan semua syarikat pelancongan yang terlibat dengan industri umrah agar bersikap jujur dan telus dalam melaksanakan perniagaan, khususnya berkenaan pakej umrah. “Isu-isu seperti kegagalan menerbangkan jemaah mengikut perancangan asal dan kegagalan memulangkan wang apabila berlaku perubahan akan menjejaskan industri ini, memandangkan Motac sedang berusaha sedaya upaya untuk memajukannya. “Ini bukan sahaja akan mencemarkan imej industri tetapi juga membawa kepada kehilangan keyakinan dalam kalangan jemaah untuk memilih syarikat pelancongan berlesen tempatan untuk menunaikan umrah. Menurut Motac, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati melanggar peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992. News
Police seize heroin base worth RM1.2m, arrest man in PJ and Puchong raids Posted on 28/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 28 — The police have arrested a man and seized 13.3 kilogrammes (kg) of heroin base estimated to be worth RM1.2 million in raids in Petaling Jaya and Puchong on Monday and yesterday. Bukit Aman Narcotics Crimes Investigation Department director Datuk Seri Khaw Kok Chin said during… Read More
Between the US’ Monroe doctrine and China’s nine-dash line Posted on 25/12/2024 From Dr Boo Cheng Hau I recently attended my medical school class reunion from the University of the West Indies in Nassau, the capital of the Bahamas. I also visited Trinidad and Tobago and Jamaica. The Bahamas mainly relies on tourism and finance for its economy. Its per capita gross… Read More
Selangor police reject witness tampering allegations in celebrity drug probe Posted on 21/12/2024 SHAH ALAM, Dec 20 — The police have denied allegations of witness tampering in a drug case involving a celebrity who was arrested in Sepang on Dec 14. Selangor Deputy Police Chief Datuk S. Sasikaladevi said investigations on the matter had been conducted transparently in accordance with legal provisions. “The… Read More